Tabungan (^_~)

kawan-kawan meh follow Aida, nnt tinggalkan link jugak eh, nnt Aida follow blog kwn2 (^_~)

Total Pageviews

Showing posts with label TIPS: KECANTIKAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS: KECANTIKAN. Show all posts

Friday, September 12, 2014

ZUMBA Class di KLANG

DIET.

ZUMBA..Misi Menurunkan Berat Badan

Kali ni bercakap pasal diet...

Setelah pindah Klang start semalam Aida join kelas Zumba.. Menarik!! Sebabnya kawan-kawan buat kita lebih bersemangat!! Kalau di rumah mungkin culas dan tak buat senaman sebersungguh spt mana kelas.

Kelas takmahal. 2kali seminggu isnin dan kami RM 120 shj. Pendaftaran RM 20. Kalau tak dapat datang call dan kelas boleh replace hari lain. Menarik!!

 Tak mahal.. 1 kelas Rm 80 so amik 2 kelas seminggu 120.
Keterangan lanjut boleh call kelas tu TRibeni 016-220 3237



Thursday, September 11, 2014

PERKONGSIAN. KELEBIHAN CUKA KURMA

Sebenarnya cuka kurma ni aida google kelebihannya salah satu dapat menurunkan kolestrol. Memandangkan suami kurus tu mempunyai masalah tinggi kolestrol Aida beli cuka kurma ni.. . Tapi.. biasala orang laki ni TAK MAKAN!! huhuu

So Aida Amalkan sekarang macam video pemakanan sunnah sebelum ini. Sambil menjada kesihatan sambil turunkan berat badan. Tapi memang betul la nampak kesannya. Kalau dulu makan sikit confirm tak buang air besar. Sekarang memang lawass!!

Di tambah dengan pati delima gulsan. Hmm mungkin tu yang penyebab lawas. Kawan Aida ada kuruss makan pati gulsan ni. Tu yang Aida tengah semangat memandangkan berat sekrang 70kg huuuu T__T





Ni Aida beli di kedai-kedai Arab je.. banyak jual..

JUMM KITA AMALKAN. UNTUK TURUN BERAT BDN AMALKAN:

1. Bangun tidur minum air suam sebanyak 1.5 liter. Kata Ustazah baik untuk cerdas akal
2. Minum 1 sudu minyak zaitun
3. Minum pati delima 2 sudu besar/ lebih pun takpe
4. Ambil secawan air suam masuk madu 1 sudu, 1 sudu kecil minyak habbatus sauda, masuk minyak kelapa dara, masuk beberapa helai saffron. Minum kesemuanya.  (madu guna sudu plastik ye)

Lepas minum biar rehat dua jam. Semua ni hendaklah dibuat masa mula-mula bangun tidur. Selepas 2jam atau satu jam setengah baru makan. Sekiranya makan makanan berat,minum cuka tamar.

 

 

Monday, August 6, 2012

PLAN DIET PROTEIN

Ramai tanya Aida macam mana DIET yang sesuai bila kita makan ALPHA LIPID SD11. Okeii ni cara-cara nya ye (^__~)
Basacilly ianya adalah ATKINS Diet
Atkins Diet ni ada beberapa STEP.

INDUCTION PHASE: Ni cth menu nya


ONGOING WEIGHT LOSS PHASE: Ni cth menu nya

PRE-MAINTAINANCE PHASE  : ni cth menu nya

LIFETIME MAINTAINANCE PHASE : ni cth menu nya

SELAMAT BERDIET!! (^__~)


Diet protein memang cepat turun dan di sulami dengan ALPHA LIPID SDII .


IKLAN KEJAP:

 klu nak APLHA LIPID ni boleh beli ngn kawan Aida dia jual RM 150 saaaangat MURAH!!!Harga pasaran RM 180

Jum beli ngn dia. Ni no hp dia, MIMI 0132508761. Mimi duduk area Shah Alam boleh COD terus dengan dia. klu pos pun blh tambah sikit harga pos je, lagi jimat dari harga pasaran 180 heeeee (^__~)

Friday, August 3, 2012

RESEPI DIET PROTEIN : RESEPI IKAN BAKAR SEDAP (^__~)

Aida masih lagi berdiet protein dan di sulami dengan ALPHA LIPID SDII .
IKLAN KEJAP:

 klu nak APLHA LIPID ni boleh beli ngn kawan Aida dia jual RM 150 saaaangat MURAH!!!Harga pasaran RM 180

Jum beli ngn dia. Ni no hp dia, MIMI 0132508761. Mimi duduk area Shah Alam boleh COD terus dengan dia. klu pos pun blh tambah sikit harga pos je, lagi jimat dari harga pasaran 180 heeeee (^__~)


Okeh, berbalik pada DIET PROTEIN ni, yang bestnya diet protein ni kita boleh makan LAUK!! Bagi yang masih tatau apa itu DIET PROTEIN, boleh rujuk entry lepas aida yang ini SLIM, BEAUTY, HEALTY Tapi tinggalkan nasik(alaa nasik bkn best pon)-sedapkan hati :) Okei harini nak kongsi resepi ikan bakar... Tak sengaja sebenarnya buat sbb tengok serai ada, limau purut ada ON jelah

Walaupun gamba tak menarik, tapii rasanya YA ALLAH sedapnyeeeeeee SERIUSSS!!

Sesuai untuk semua jenis IKAN.

Bahan2:

1. Ikan (Aida guna ikan kerapu)

2. Bawang merah (6biji) +bawang putih(3ulas)
3. Halia(3ruas)
4. Serai(6-sebab serai aida versi kurus)
5. Daun Limau purut(sesedap rasa)
(bahan-bahan ini diblend)-Bahan blend A

6. Cili Kering
(diblend asing dr bahan di atas)

7. Asam jawa
8. Gula melaka
9. Garam & Gula

Cara-cara:

1. Tumis bahan blend A sampai bau wangi dan masak(lama pun takpe sikit baru sedap)
2. Masukkan cili kering yang diblend kacau sebati
3. masukkan gula melaka, air asam jawa, garam gula
4. Masak sampai masak(apakah ayat ni huhu)
5. Pastuu amik ikan lumurkan n balut ngn aluminium foil dan bakar

Hasilnya... Taraaa (gamba biasa2 je tapii rasanya uuuhhhhh SEDAPPPPP!! ni inspirasi ikan bakar skinchan)

sesuai jugak untuk ikan pari, kerang, siakap dan lain2

Aida makan buka ni je. TAPIII 2 ekor hihihi... Ehh lupe nk gitau, SAYUR HIJAU tu namanya LETTUCE, Ikut Dr Rizal. Sayur ini adalah sayur yang paling baik untuk di ambil sbb sangat 0 Kalori (ehh btol ke 0 kalori lupee)-tapii Dr Rizal kata boleh makan baanyakk-baaanyak plus sayur ni SEDAP!! :) Nasik tak makan sbb diet protein dan air manis tak minum. Cubalaa... Aida baru turun 8kg n skrg 60. Klu bleh nk turun sampai 55 huuuhuuuu (^__~)

Thursday, May 17, 2012

Makan dan kurus??

Tak layak nak bercakap bab kurus sebenarnya kerana diri ini tidak kurus... (T_T)

Harini hari keempat Aida puasa... Semalam timbang, berat menunjukkan 61kg...hmm berat.. mmg berat!!

Time mengandung berat sampai 76kg
Sebelum 54kg hmmm sangat jauh...

Sebelum berpuasa 64kg dan sekarang 61 kg...

Sekarang Aida konon diet protein@ Atkin diet. Tapi tak strict sangat sebab masih menyusu baby... Kadang-kadang ambil juga karbohidrat dan minum juga air manis huhuhu (T_T)

Tapi menu kegemaran kalau diet ialah ini!! Sushi Roll... ala-ala sushi la sebab bungkus dengan seaweed.
Bahan-bahan
Lettuce(salad)-paling bagus untuk diet
Bawang(kegemaranku)
Nugget, Finger fish, sosej (aida grill dengan minyak zaitun)

Biasa banyak lagi bubuh,
Carrot, telur rebus, isi ayam dan lain-lain

Potong memanjang kesemua mereka...
Letak atas seaweed@ nori. Lepas tu boleh letak sos yang sesuai..Aida letak tousand island kali ni. Biasa letak mayonese. kadang letak cheese...

 Lepas tu gulung ikut kesesuaian... Sedap dan ringkas... Cubala mungkin berat akan turun... heheehe (^__~)

Tuesday, April 3, 2012

Kebaikan AIS, airbatu untuk KECANTIKAN wajah

Haaa kali ni Aida nak kongsi petua yang kawan Aida amalkan. Dan Aida sendiri turut mencubanya.

Tahu tak kawan-kawan ais selain dari penyegar tekak ia juga boleh menyegarkan kulit muka, menegangkan wajah serta membuatkan makeup tetap cantik dan lekat pada wajah?

Bagi kawan- kawan yang dah tau, boleh amalkan terus ye. Bagi yang belum tau, jum kita kongsi bersama...

Ok, caranya, ambil seketul ais, dan sapukan pada kulit muka. Sapukan keseluruhan kulit muka, dan selepas tu boleh teruskan dengan pemakaian uv krim@ bedak... Hasilnya mmg menakjubkan! Cubalah!

Untuk merawat kulit bermasalah seperti jerawat AIS juga jawapannya!

CARA: sebelum tidur, selepas mencuci muka, oleskan ais ke seluruh wajah. Lapkan, dan pakai krim malam. Insyaallah, jerawat akan kecut dan semakin berkurangan! Cubalah... Hasilnya, kulit tegang, dan sangat segar!!




- Posted using BlogPress from my iPad

Tips kesihatan dan DIET sihat

Buang toksid dalam badan...

Hmmmm kwn2 tau tak bagaimana salah satu cara nak nyahkan toksid dari badan? Selain menggunakan produk2 moden sekarang, kawan-kawan boleh cuba cara traditional... Toksid ni yang Aida tau kalau nak kurang berat... Aida ingat zaman Aida g slimworld dlu, perkara pertama yang diorang akan buat adalah dengan BUANG TOKSID. Kalau toksid banyak dalam badan boleh sebabkan lebam bawah mata, badan jadi lema, kulit kusam dll.

Pemeriksaan ringkas toksid dalam badan: kalau kawan-kawan perasan kalau minum airyang banyak, akan kerap ke tandass.... Haaaa itulah dia! Kawan-kawan kena cuba tips ni ok! (^___^)

Meh kita berkongsi bersama ye... CARANYA: Campuran APPLE hijau + batang SADERI... Tayah letak gula, guna jus maker @ blend kedua2 buah ni. Tapi kalau blend kena tapis dlu... SEDAP!! Klu dkt MIDVELLY, harga dh RM11 segelas... Jum2 kita buat sendiri (^___~)








Campuran dua bahan ini menjadikan.. taraaaa.....





Jus yang hebat+berkhasiat ini!! Aida memang selalu buat. Ni gamba carian google. Nnt Aida ambil gambar Aida masukkan dalam ni ye :)

Selamat mencuba:)

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 29, 2012

SEJARAH HANNAH SECRET KOSMETIK...

Disini mulanya kisahnya...

Di usia muda, Aida mencuba pelbagai pertandingan. Masuk pertandingan tu, jadi cover girl majalah itu, masuk ruangan majalah ini.. Antara majalah yang slalu aida berphotoshoot ialah RAPI, DARA, HARMONI; dari situ ramai orang Aida kenal. dari pemalu, menjadi peramah. Dari KOSONG, kian lama kian BERISI...
Inilah Kemuncaknya apabila Aida menyertai suatu pertandingan yang melibatkan KOSMETIK. Di sini Aida mengenal APA itu KOSMETIK. Dari sini juga Aida belajar, kelas demi kelas di Istana Budaya Aida turuti. Ada kelas menari, catwalk, manjakan diri di SPA, makeup, kenal siapa Babby Ell, Chomell, Fiza zainuddin, Nurul Shukor, Saidatulnisa, Arma etc.. Tak terkira byknya...

Detik yang tak mungkin Aida lupakan, KEMUNCAK pertandingan bersama Tun Hasmah dan rakan-rakan...
Di sini keyakinan diri kami perlu diperlukan. Beraksi profesional seperti ajaran Guru kami di Istana Budaya
Ketangkasan fikiran, dan keyakinan diri diuji untuk menjawab soalan...

Namun, terlintas kah di fikiran kawan2 Aida SUATU KETIKA dahulu??

Lihatlah, tak SEMENGAH bukan??


Bagi Aida tiada apa yang dapat membeli PENGALAMAN. Benar, PENGALAMAN mematangkan seseorang. PENGALAMAN juga merubah seseorang... Terima kasih diatas segala PENGALAMAN yang telah Aida tempuhi, pahir getir Aida yang dahulu kian beransur sedikit demi sedikit.



Tidak pernah terlitas suatu ketika dahulu ingin menghiasi dada majalah..

Oleh yang demikian, kini, Aida ingin berkongsi dengan rakan-rakan... HannahSecret impian, cita-cita Aida suatu ketika dahulu menjadi kenyataan, merubah impian setiap wanita. Insyaallah dengan izin-Nya

Set 3 in 1 HannahSecret skin care hanya boleh didapati dengan harga RM 70.00 sahaja. Keterangan lanjut boleh email aida nuraida_zainuddin@yahoo.com @ add facebook Aida, Nur Aida Md Zainuddin @ like page Aida, Rahsia dan Wanita @ boleh hubungi Aida terus di talian 012-9599679

Tuesday, December 27, 2011

Tumpang tanya pasal.... BLUSHER

Hi...

Aida nk tnyla... Blusher apa eih yang kawan2 pakai dkt muke... Aida nak pakai jgkk... hehehe tetiba rs teringin plak nak tepek2... tapiii aida tak reti nak pilih blusher... Aida tatau pakai makeup kecuali memula pakai eyeliner pastuu eyeshadow coklat ngn jari kelingking hehehe. TERBALIK ke cara tu?

Sesape yang baik hati, bolehla gtau blusher apa yang best eh.. Kesianla Mek da ni nak jugak PINKY PINKY PONG... Haaa brand ngn kaler yang seswai ngn kulit Aida ni eh... Tenkiuuu yer sape2 yang baik (^_~)

Posted by Picasa
(27dis2011)-azam thn dpn, nak pakai BLUSHER!! (^_~)

BABY HANNAH dah semakin meningkat dewasa skrang ... (^_^)
 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa

Hannah lg 2 hari nak masuk 6 bulan hihihi... Dah besar anak Mak (^_~)

Tuesday, July 12, 2011

Mari minum JUS utk kESIHATAN (^__^)

Haii Kawan-kawan.. Hehehe Hannah TDO, Maknye sebok nk upate blog.. hehehe bosan, jap lagi nak tdo huhuhuhu hehehehe... Aiii orang pantang kan mistila byk rehat hehehehe...

Tgh Aida godek2 baca blog tuu baca blog ni, website tuuu website nii terjumpa lah RESEPI JUS KESIHATAN ni... Haaa sblom HILANG, Aida amik dan copy paste cni... Pasni ah abis pantang leh cube... Sesape nk terai pon buleh eih.. Slalu jgk Aida tgk dkt kedai2 jual jus campo2 amni, tapi biasalaa klu dkt keai gula lebih n kita pon tatau apa khasiatnya...

Okeiii, ni Aida tepekkan RESEPI JUSnya yea... Jumla kita terai sesama (^___~)

1.  Lobak merah + Halia + Epal
  • bagi meransang dan membersihkan sistem (detox) dalam badan
2.  Epal + Timun + Daun Saleri
  • mengalkalikan darah dan melambatkan proses pemecahan 'bad cholesterol'
  • memulihkan sakit perut dan sakit kepala
3.  Tomato + Lobak + Epal
  • mencegah sel merah darah berlonggok -darah beku)
  • membersihkan kulit dan menghapus nafas berbau
4.  Peria + Epal + Lobak
  • baik untuk pengidap diabetis dan menurunkan panas badan
5.  Limau + Halia + Timun
  • melicinkan kulit
  • melembab dan menurunkan panas badan
6.  Nanas + Epal + Tembikai
  • mengurangkan lebihan garam (Elok untuk pengidap darah tinggi)
  • membantu segar pundi kencing dan buah pinggang
7.  Epal + Timun + Kiwi
  • mencantikkan kulit
  • memecahkan bad cholestrol
8.  Pear + Pisang
  • mengimbang kandungan gula dalam badan
9.  Lobak + Epal + Pear + Mangga
  • buang panas badan
  • melawan toksik
  • menurunkan tekanan darah (elok untuk pengidap darah tinggi)
  • melawan oxidation
10. Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu
  • kaya dengan vitamin C dan B12
  • meningkatkan pemulihan sel
  • menguatkan imunisasi badan
psst: KURANGKAN GULA DLM MINUMAN< LEBIHKAN DLM SENYUMAN... (^___~)

BERBENGKUNG UTK KURUS??

Hai kawan2...

Masih lagi dalam Mood pantang hari ke-13(12July2011)... Harini Aida nk crita pakai BARUT@BENGKUNG...

Okeh, masa awal2 bersalin dlu, aida tak pakai BARUT, tatau apa sebab tak pakai, lupe hehehe... Pastu hari ke brp tah, baru Aida pakai... Memula Mak Aida letak KUNYIT+GARAM n barut perut ngn bengkung tujuan utk kecutkan peranakan...

 Ahaa.. Ni barutnya.. Barut ni aida sukee sgt sbb dia panjang sampai peha... SEBAB aida suke adalah kerana dia buleh kawal kaki Aida yg jalan laju semcm... Barut ni Aida beli dkt jual2 dkt opis Aida. kakak tu buat sendiri.. sedap pakai!! (RM 40) Klu sesape nk, leh dtg dkt tempat jual2 dkt opis Aida di Kompleks Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya, hari Jumaat, Dkt PARCEL C6. Dia jual mcm2 brg2 bersalin, rempah mandian la, barut perut baby la dan AIR klu dahaga... hehehe (^_~)


 Tak lama lepas tu, Aida tak pakai kunyit+garam dah. Aida bertukar ke krim sapuan PATI HALIA bara lebih panas ni... Hooo MMG PANAS! Hebat!! hehehe tapi Aida sukee, dr berat Aida 70, esoknya dah turun 86 (aiyakkk byknye lagi mau turun hohoho).. Aida taleh nk ckp byk sebab baru 3 hari pakai... hehehehe (^__~).. Nnt Aida UPDATE keberkesanannya ye.. Buleh ke turun byk abis pantang ni huhuhu

   Utk pengetahuan, Aida naik 22kg!! ngeee hahaha.. Makan byk, Baby Hannah 2.95 k je. Lain2 zat Mak yg amik hohoho
 Lepas tuuu, Mak Bidan@Tkg Urut plak suggest Ubat Pembarut Perut Setunjang Bumi ni. Ni produk sendiri kawan dia.. Dia ckp Bagusss.. Aida pon cube laa.. Dia serbuk n kena campo air suam... Best!! Panass... tapi hasilnya taleh nk ckp lagi, baru 1st time pakai hehehe
Utk urut plak, Aida guna minyak panas ni. Produk yg sama ngn serbuk Barut di atas.. Hmmmm best minyak panas. klu minyak tak panas rs pon ala2 je...

Skrg Aida dh stat URUT+BERTUNGKU... Aida juga barut sendiri.. barut ni bagus, sebab pas bersalin perut kembang. Aida dapat rasakan perubahan berbarut ngn tak berbarut...

Oleh yg demikian kawan2, BERBARUT la eih.. Yg tak bersalin klu nk jaga badan pon elok Mak Bidan ckp berbarut n pakai serbuk tu...

Skrg Aida berat 68kg, ritu last sblom bersalin 79kg (aiyakkkk!! godzilla ke hape hehehe)... Time berpantang ni, aida makan nasi+ikan@ayam bakar+sayo@ulam... hmmm nnt Aida update balik berat Aida nk akhir2 pantang okeii...

Kawan2 yg dalam pantang, tgh berdiet ke jaga badan ke, lehla gtau aida cara2 turun kan berat eih. kita kongsi sesama :)

Wednesday, July 6, 2011

Cerita Pantang Mekda yg tak keruan (^___~)

Salam...

Hi kawan-kawan... Kita bertemu lagi di dalam blog berurusniaga yg telah menjadi blog ROJAK meneceritakan mengenai baby Aida HANNAH. Aida bkn ape, dlm pantang ni taleh bgerak kena baring je tu kebosanan melanda diri...

Sebenarnya, hehehe jaitan Aida ada masalah skrg sbb Mekda ngade sangat nk bergerak aktif di masa pantang... Hahaha kunun tanak manjakan badan, jd basuh kain, jemur kain, kemas bilik, sterika baju, jalan laju, cuci tandas dan segala bagai pekerjaan dilakukan pada hari 1-4 selepas bersalin. Hari ke-5, lepas cukur jambul Hannah aiyakkkk Aida sakit2 dan takbleh bangun hoho... G klinik jeng3 skaliii ada koyakan hukhuk... Aida prasan antara sbbnya aida pakai PAD MADAME, PUREEN. Pad tu tebal, lebar, n panjang. Aida plak pakai barut sampai punggung tu yg sedap berjalan laju... Sekali hambikkk melecet dan siap kecederaan dan benang jaitan pon nk terkopek... So skrg kena duduk baik2 selama 2 minggu setelah diberi suntikan di buntot awwww hehehe(padan muke!)

 ahaaaa PAD KOTEX ni adalah di sarankan... (^___^)

 Yg ini, TAK DISARANKAN.... hukhukhuk sakit woooo... PAD nilah yg menyebabkan koyakan berlaku!! sbb dia lebar n pjgg!! haaa ibu2 mude, meh cni nk gtau, darah nifas ni kuar sama je mcm darah haid, bkn byk mcm air terjun eih.. sbenanya, pakai pad biasa yg hari2an tu pok ok!! (dengarlaa ckpku... jgn salah beli naaa) (^__~)

Nasihat yg ingin diberikan kepada adik2 dan ibu-ibu mude, silala berpantang elok2 ye... Tgk dah jadi mcm Aida dh sakit baru nk insaf. Elok2 tdo atas katil empok kena turun takhta atas lantai sbb taleh gerak2 hahaha... Katilkan berspring klu kita gerak2 nnt problem tambahan pula jaitan aida dh nk terbukak hahahaha padan muke mekda kali ke-2 hahahaha...

Saranan mekda disini, pakai je pad biasa yg time kita period tu@yg kotex bertali tu, tayahla beli yg tetebal n pjg hahaha kunun byk sgtkan darah. Hehehe ekceli darah tadela byk sgt, biasa2 mcm normal period je... Kadang kita ibu muda ni over poyo, denga cite org tu camtu, dgr cite org ni camgini kita pon poyo2 beli brg2 yg kunun paling bagus... Nahh skrg inilah hasilnya hahaha...

Tu saje dlu... Kena rehat jap, nnt mak Aida marah hehehe...





Gamba Hannah masa memuuulaaa lahir... Ni dkt hospital lagi ni...(^___~)
- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, December 30, 2010

Slim. Beauty. Health (^___~)

Assalamualaikum kawan-kawan sekelian... Apa khabar anda di sana? Aida di sini sehat walafiat hehehe

Ok, apa azam baru kawan2 ye? Hehehe sume org ada azam kan. N kebanyakkan wanita mestiii nk KURUS, nk TURUN BERAT. Aida sangat yakin azam tersebut! hehehe

OK, kali ni Aida nk kongsi ye... (actly aida bkn pakar pon, hehehe dlu tak ngaji kos dietetik hehehe- ngaji kos yg bercakap tu yang bercakap merepek2 hehehe) - tapi ckp melalui pengalaman tak salahkan.. Tu lagi baik Aida rasa sbb kita lagi senang nk wat orang percaya... (cth: klu org jual ubat, dungdang2 duk kempen ubat dia tapi dia tak makan pon, korang caye ke nak beli? tak cayekan... hehehehe) (^__~)


Sile makan TOMATO supaya kulit cantik... (jgn jd mcm Cikgu Shuhada, dia tak mkn sbb dia ckp TOMATO rasa mcm besii) kehkeh dia mmg peberet dia makan besi time lapar.. thihihi upssss
KISAH BENAR BERMULA....

Pada suatu masa dlu, Aida penah g slimming centre dan bayar ribu riban... (slimming centre itu dirahsiakan) tapi femes n artis2 banyak g... Dia mahal wooo, tapii mungkin stubborn fat aida ni sayang nk tinggalkan Aida, dia masih lekat di situ huhuhuhu....

Tape2.. meh Aida nk kasi tips, korang tayahla g slimming centre pape, sebab last skali apa yang dorang suruh buat ialah:

1. Kurangkan MAKAN
2. Banyakkan BERSENAM
3. Minum air dengan BANYAK

okeh... meh Aida kasi plan yang slimming centre Aida kasi dlu. Plan ini dinamakan:

14 DAYS HIGH PROTEIN DIET

Sebelum bagitau menu, aida nk perkenalkan protein diet kepada kawan-kawan sume.... Protein diet ni sbenanya bagus tapi TIDAK ELOK DI AMALKAN DALAM JANGKA WAKTU yang PANJANG... Sbb nnt buleh mendatangkan kerosakan ginjal.. Sbb emmm sebab emmm lupe.. nnt aida google kan tepekkan dkt cni kan.. hehehe (masalah klu loyer nk ckp spt seorang yang mempunyai dietician degree!) thihihi

nasib aida sangat baik sbb Syikin (dlu customer Aida, skrang dia dh ngaji jauhhh tak takmo lagi beli tudung Aida hikhikhik, gurau je shikin (^__^)) bakal DOKTOR dh explen pasal kerosakan buah pinggang ni.... OK, aida copy n paste ye shikin... (tengkiu veri much tau laling.... nasib baik, klu akak nk explen sume ni abis sume benda akak goreng hehehe)

***********************************************************************************
OKEH, Kita Flash Back balik pembelajaran kita....
SOALAN: ngape taleh amalkan high Protein diet ini dalam JANGKAMASA yang lama.... ini jwapan sebenanya taw... Korang jgan GIGIL plak baca eih (^__^)

long term high protein diet can cause kidney failure. the reason behind it is buah pinggang kita antara organ penapis darah yg paling penting.sgtlah penting utk darah kita ditapis sbb setiap hari.(sbb tu org yg sakit buah pinggang kene wat hemodialysis=cuci darah 1-2 kali sebulan sbb buah pinggang die dh rosak). n dalam kes ni,kenapa die rosak? sbb saiz molecule protein adalah antara yg terbesar dimana buah pinggang terpaksa membuat kerja yg agak berat utk menapisnya drp keluar dr badan dalam bentuk air kencing. kalaulah banyak sgt protein yg buah pinggang kene tapis, mestila buah pinggang akn mengamuk kn sbb kerje die makin berat. huhu, n bile die da mengamuk, akn ngajuk n xnk berfungsi lagi dah which result in KIDNEY FAILURE. Kalah da msuk tahap ni, mmg alamatnye kene cari org derma buah pinggang kt kita la.
 
 Trima kasih byk2 tau syikin... (^_^)

KESIMPULAN: (hambik, mekda nk jugak enterprem, nk wat kesimpulan la plak...- hahaha gediks)

Sememangnya di AKUI high protein diet ini boleh cepatkan proses turun berat badan.. tapi TALEH amalkan lama tau.. Sbb klu dh 2 tahun duk hari2 amik protein je, tade zat lain seperti emmm gapo eih (ni nk stat blasah ni) spt dlm piramid makanan tuu... (Sume tau kan piramid makanan) nnt buah pinggang jd penat tiap2 hari kena bekerja keras utk mengerjakan SANG PROTEIN lama2 bila dh penat buleh sebabkan ia rusak, yakni tak berfungsi.... Haaa ngerikan... (cth paling senangla: mesin membuat VCD haram (hahaha, ni je tpk) klu dh 24jam duk buat CD tak berenti2 lama2 mesin tu jem, sbb dia pon penat- pahamkannn (^__^)

Oleh yang demikian, Kawan-kawan kena selang seli tau diet high protein dengan cara pemakanan yang SEIMBANG - ini adalah ajaran DR REEZ yang telah aida cilok: alamak, lupe wish, (tahniah DOKTO.... Slmt Pengantin baruuu, Semoga bahagia ke anak cucu)

DOKTO REEZ kata, High Protein Diet ni taleh berterusan dibuat. Ok, katakan sebulan buat DIET HIGH PROTEIN, rehat seminggu@2minggu, amik makanan ikut piramid makanan plak, tapiii portion kena kecik dan kerap. (time ni klu rs nk makan karbo amik ckit, nk makan buah mkn, nk makan pape makan, tapi jgn plak duk mkn MCD dan cekedis tiap2 harii) hehehehe

haaa pastuuu lepas 1@2 minggu stat balik Diet Protein, selang seli cam gini tape..... haaaa cubela ye.... 

***********************************************************************************


OK apa yang perlu DIELAKKAN ialah makanan yang:
1. Pedas
2. Masam
3. Masin
4. Sejuk
5. AJINOMOTO
6. Potato
7. Kangkung
8. Jagung
9. Kek
10. Soft Drinks
11. Apa-apa jenis buah (especially: mango, betik)
12. Makanan berminyak/deep Fried
13. Carbohydrates(eg: nasik, mee, bihun, kentang, biskut, roti dll)
14. Seafood
15. Ikan masin, telur Masin

(huhuhu sume TALEH MAKAN kan... hehehe alaaaa jgnla merajuk kawan2 sume makanan ni mana ada khasiat. Nasik jgn amik dlu, 14 hari try tayah amik, amik je benda2 lain.. Byk je dlm muka bumi ALLA swt ni yang sedap2... Haaa tak baik merungut!! (^__~))

OKEH MENU nya spt berikut:

Breakfast
Segelas susu SKIM@ Low Fat Milk (Air kosong pun buleh, lagi baikk!!)
1@2 hard Boiled egg (takmo yg kuning telo tu tau, bnyk kolestrol!) atau
Sosej (digalakkan ayam)- direbus/ grill/ goreng pun buleh tade masalah tapi takmo minyak2 byk

INGAT: minum air PUTIH satu gelas penuh.. itu yg penting!! (air mau banyak yer) - satu hari kena minum 3liter air tau... tape sampai terkencing2 pon sebab air pon buleh buat kita kenyang tau... kadang tuu perut kita kompius tatau lapar nasik atau badan tak cukup air.. so kita tipu jela badan, minum air byk2 pastuu kita akan KENYANG!! (bagus tak idea I?) thihihihi

Pesanan penaja: digalakkan amik sarapan jam 7 atau 8 pagi.. takmola breakfes jam 10 pagii.. Dalam diet, taleh skip meal tau.
MOTTO kita: makan sikit2 tapi kerap - sebab ini yang boleh tinggikan metabolisma. Apa itu metabolisma?? hehehe ni kena dlm kursus akan dtg hehehe

psst: kamu boleh amik telur tu sebijik2, katakan sebijik jam 7, sebijik lagi jam 10. erkkk tak cukup? oklahh kul 10 kamu amik lettuce okeh? amik salad tanpa apa2 dressing spt mayonese okeii (^__~)

LUNCH (12pm-1pm)
Sayur-sayuran tak kesah bape banyak, kecuali kangkung ye kawan2. Buleh amik bayam, salad pon buleh. tapii tanak dressing @
Yong Tau Foo @
Ayam yang bahagian dada (breast) yang disteam tanpa kulit @
Ikan @
Fish ball sup

INGAT: minum air PUTIH satu gelas penuh.. itu yg penting!! (air mau banyak yer) - satu hari kena minum 3liter air tau...

haaa waktu jam 3-4pm kamu musti laparkan... makan la pape snek.. upss snek bukan maksud cekedis tau.. Snek ni Snek yang sehat spt lettuce@ pape yang ringan

Dinner(before 7pm) - haippp jgn skip dinner: Diet Rasulullah mana skip dinner- sape2 yang tinggal makan malam akan dimamah usia tau... dan dapat penyakit haaaa takut? kena la makan, tapi jgn mkn mcm buaya mkn spt MANUSIA ok! (^_~)

MEnu DINNER:
Sayur, tak kesah banyak mana pon n masak la mcm2 mana pon. sup sayur ke, sayur yang ala2 kuah ladna ke papelaa janji kamu berselera
Steam beancurd with chiken (tauhu telo yang cina tuuu, sdp tau) @
Ikan bakar  @
Pape yang dipikirkan sesuai

INGAT: minum air PUTIH satu gelas penuh.. itu yg penting!! (air mau banyak yer) - satu hari kena minum 3liter air tau...

Haaa lepas pukul 8 takmo minum air bergelen2 lagi tau... sbb bila dh pas pukul 8 kamu minum 14 gelen pon takkan byk terkencing2 spt tgh hari tadi.. so minum sikit2 je ok!

Tdo musti cukup. Pukul 10 tdo.. haaaa? tak biasa tdo awal? Biasakan, kamu nk cantik kena REHAT yang cukup tau (cet aida ckp mcm dia cantik je!)
(Aida mmg tak cantik tapiii ni ajaran yang slimming centre tuu, so Aida kongsi cni, mana tau nnt ilang kertas dia bagi tu leh refer cni) hehehehe (^__~)

haaa korang mesti rasa DIET ni mcm Teruk Gila kan... Haaaa tau pon teruk, nilah Diet Slimming Centre tuu.. Tapi kamu bila dh stat buat, rs mcm buleh je tahan, tade laa sampai meninggal dunia thihihhihi...

dluu masa Aida duk ulang alik ke slimming centre tuu byk gile turun(korang musti tak caye sbb tgk Aida GEBU je manjang kan thihihi) alaaaa caye jelaa hukhuk, btolll byk turun, tau tak sbb apa diet protein mmg cpt turun??

Sebabnya adalah... alamak, baru sedar entri kali ni dah sangat pjg, kita sambung lain kali... Jumla kita berdiet, haaa kan BULAN 6 kamu nk kawen hehehe... Kenala kuruskan... (terasala tuu org yang nk kawen bulan 6 thihihihi) (^__~)

nnt masa terluang Aida cite lebih lanjut pasal diet ni k.. kamu buat je dlm masa 14 hari dlu, 14 hari lagii aida gtau nape taleh buat lama2 diet protein ni okeii? babaiiii.. Sampai ketemu lagiiii (^_~)


 Ini Aida dan Cikgu Shuhada bergelak2 ketawa di Melaka... Kak ifa yang amik gamba, alamak, gamba kak ifa tade, nnt next post kita kasih bubuh gamba kak ifa hehehe
 Ini keje part time mekda jaga toilet dkt CAMERON.. Yeay3 Aida ada kes di IPOH next wik. Aida nk g IPOH, nk kutip hasil tanaman ayah angkat Aida dkt Cameron... hehehe (kak ifa... u tanak g ke? thihihihi)- sape nk g buleh, tapi tak muat keta I sebab keta i dh penuh hasil2 ladang bapak angkat Aida (ayat mcm tanak kasi ikut hikhik (^__~))

Wednesday, December 22, 2010

EYESHADOW yg CANTEKKK sgt2 utk dijual!! (SGT LIMITED!)

Yeay3 ada lagi barang BEST utk dijual.. SAPE CEPAT, DIA DAPAT!! Lambat nangis jelaaa hukhuk (T_T)

HARGAnya cuma RM 105.00 shj.. terkezut?? Murahkan.. Haaa belilaaa mana nk dapat yang sebegini rupa bykkk kaler nih (^_~)
~ Makeup from dubai
~ Long lasting
~ air crew (stewardess) & makeup artis ramai pakai ni
~ Really bright & Good Quality

KLU nk, buleh email:

nasliana67@yahoo.com atau buleh jugak bukak blog beliau...

http://nasliana.blogspot.com

Nak bagitau jugak... Nasliana nii makeup artis ye.. Dia makeup sunguh3 sangat3 cantek... bukakla blog dia tgk mana tau nk dinner ke nk tunang ke nk kawen ke nk ke dating ke (awww dating?) hehehe

Okeh nnt Aida update blog aida ngn barang Aida skrg Aida dlm tempoh bercuti hehehe (lama gile cuti hehehe)

Friday, December 17, 2010

HARI JUMAAT, KISAH BENAR... KISAH SEDEH... (T_T)

PERHATIAN!!
ANDA klu tade masa JGN BACA sebab SANGATT PJG.. Serius!! Tapii klu anda BACA, bagus jugak sebab ada MESEJ yg BAIK ingin disampaikan (^_~)

TAUkah anda DARI MANA dtgnya INSAN dibwah ini?? Tatauu?? sila bc ENTRI PJG ini.. Selamat MEMBACA~~~ (^_~)
 Assalamualaikum apa khabar anda semua? Izinkan Aida berCERITERA lagi buleh? Jgnla marah Aida tak reply sms@email ye. Sebab Aida skrg TAK BZ tapii sebab idup NOMAD sangat susah nk berbisnes. WIKEN ni Aida bbtol janjiii Aida reply sumeee3... Aida bukan tanak reply skrg, klu reply skrg mcm2 ALASAN Aida bagi sebab sbena alasan tu mmg BTOL tapii kadang2 AIDA TAKOT AIDA TERCAKAP BENDA TAK BETOL, kan DOSA namanya... hukhuk

Aida dh IMPOT juruFOTO PROpesional dr MYANMAR tuk amik gamba, sbb Aida amik sendiri gamba tak cantik, nnt tudung2 n BAJU2 Aida taleh jual. Eih kamu prasan Aida tulis BAJU? Alamak dh tak seprise daahh.. Hehehe terlanjur kata tuu Aida gtau haah mmg ada BAJU, ada SELENDANG, n ada spt biasa TUDUNG 2TONE yg kunun2 HOT tuuu.. Tudung 2TONE tu aida blom potong, belom jait tu sebab progres sungguh lembab... Maafkan yer.. Bukan sengaja tapi kadang2 kita MANUSIA ni ada plak tempoh bermalas2an.. (pengakuan iklas wuhuhu (T_T))

Eih eih... sebena Aida bukan nk cite pasal ni, Aida nk CITE pasal BENDA LAIN... Cite SEBUAH KISAH BENAR. Kisah ini mmg kisah yg benar2 terjadi kepada seseorang yg IDENTITInya di RAHSIAkan... (Dia malu!)

KISAH ZAMAN GELAP..      (sediakan tissue yer)-sgt menyayat ati n menusuk kalbu!

1. Dluu ada seorang budak yg sungguh TAK TERURUS. Beliau saaangat baaanyakk JERAWAT. Beliau di sisihkan masyarakat. Bukan stakat disisihkan dipandang masyarakat pon tidak... Beliau sungguh SEDIH. Beliau tatau apa salah beliau. Kenapa rupa jd SANDARAN? Kenapa masyarakat sangat mementingkan rupa? Kenapa seseorang perlu DISISIHKAN kerana PARAS RUPA? Beliau tatau makna apa itu DISANJUNGI, malahan beliau SERING DICACI, DIHERDIK dan DILEMPARKAN kata2 kesat (penggunaan KOSA KATA kuasa tinggi disini, hiks!)



Inilah gerangan BELIAU yg dimaksudkan.. (tq krn BELIAU sudi memberikan gamba beliau). Tgkla rupa BELIAU, pipi beliau yg KOTOR dan COMOT itu. Kerana itu beliau disisihkan! haihh ADAKAH ADIL DUNIA ini? hikhik Tak Adil bukan? Namun apakah daya itulah DUNIA yg memeng mementingkan KECANTIKAN dan keHOTan... (bkn klu cantik n HOT buleh dpt tiket free masuk syurga- nasib baik motto ini ditanam dan disemai oleh beliau)-haihh beliau sungguh bermotivasi bukan? Saya rs sungguh berbangga dpt mengenali BELIAU yg sungguh CEKAL mengharungi LIKU2 serta ONAK DURI kehidupan di ALAM NESTAPA nih! (^__~)

Tetapii di BENAK ati beliau beliau sentiasa berSYUKUR. Apalah sangat SANG JERAWAT itu. Ia ibarat KOSMETIK yg melengkapkan sesebuah muka. (tambahan kot, org lain mana ada... hiks!) Kadang2 kita ALPA dengan dunia dan beranggapan TUHAN tidak adil.

Kenapa aku dijadikan GEMUK, kenapa aku dijadikan BURUK, kenapa idungku KEMIK, kenapa mataku SEPET, kenapa kulitku GELAP, kenapa aku dijadikan MISKIN, kenapa aku tade BOFREN, Kenapa aku slalu KECUNDANG DLM CINTA, kenapa AKU, kenapa AKu, kenapa yg BURUK sumenya AKU!! (ini adalah rintihan jiwa yg memberontak.. hiks!) Ingatlah, semua itu adalah ujian dari Allah. Allah takkan memberikan ujian itu kepada hambanya jika ALLAH tau hambanya tidak upaya menanggung bebanan dan ujian tersebut. (haaaa maksudnya ALLAH nampak KEMAMPUAN kamu dan KECEKALAN kamu dan KEKUATAN kamu serta KEISTIMEWAAN kamu yang TIDAK ADA pada orang lain, sebab tu ujian tersebut diturunkan kepda KAMU! yerr KAMUU!!)

INGATLAH wahai kawan2...Sebenarnya tanpa sedar ALLAH telah memberikan NIKMAT yg lebih banyak dr ujian yg hanya sebesar ZARAH itu... (hny buleh dilihat melalui microskop...hiks!). Antaranya:

1. Allah memberikan kamu tubuh badan yg lengkap TANPA KECACATAN. Tapela gemuk cket pon, Orang lain, tangan, kaki pon tade.. Kamukan cukup sempurna. Maka bersyukurlah...

2. Allah telah memberikan mata, hidung, mulut yg boleh berfungsi utk melihat, menhidu dan merasa.. Bukan kah itu NIKMAT yg TIDAK TERHINGGA? Apa salahnya hidung KEMIK, MATA SEPET drp org yg BUTA matanya, cacat idungnya dan BISU mulutnya?  Haaaa... Kamukan cukup sempurna. maka, bersyukurlah...

3. Allah telah memberikan pelbagai warna kulit, ada yang cerah, ada yg putih bak SALJU dan ada pula yg KLABU ASAP... Tapiii bukankah itu NIKMAT yg tidak terhingga? Lihat sekeliling kamu, ada insan lain yg ALBINO, kamu sudah cukup2 SEMPURNA, berentilah merungut dan MULALAH BERSYUKUR...

4. KEnapa pula Allah jadikan aku MISKIN?? Haip3 kamu niii materialistik btol la... Setiap orang ADA REZEKI masing2... Kena bersyukur, kamu ingat, klu KAYA, BAHAGIA ke? Takkk ketahuilah oleh KAMU, kamu akan menjadi isan yang paling dikehendaki. Kamu akan sentiasa diAIM oleh perompak2 dan penyamun2 yg MAHA JAHAT. Lihat saja Allahyarham Dato' Susilawati yg telah dibunuh dengan kejam.. Syukurlah kamu insan biasa yg telah cukup banyak NIKMAT yang ALLAH berikan yer...

Eih2 panjang nye Aida berkata-kata hari ini. Bukan apa, kadang2 kita KENA SALING MEMPERINGATI. Ckit sebanyak timbulkan keinsafan pada diri Aida dan mungkin boleh membantu kawan2 jugakkan (^_~)

Setelah bertahun-tahun lamanya Aida mencuba pelbagai jenis produk, dan kini Aida ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua penyelesaian utk maslaah yang Aida hadapi....

Dan hasilnya... Taraaaaa

Parut n jerawat berSEPAH tuu dah ilang!! hehehe Tayah pakai makeup tetebal nk tutup parut lagi... Silala cube yer... (^_~)


Aida TAK pandai MAKEUP dan klu makeup mmg buruk... Ni orang lain yang makeup. Ini ARMA yg makeup utk MAJALAH RAPI suatu ketika dluu.. ARMA makeup cantik wooo... Dia bukan je pandai makeup, dia pandai design baju dan WEDD planner yg HEBAT!

Apa?? kamu tak kenal ARMA? haihh kamu niii, Arma tuu yg reka baju AIDA GADIS MELAYU 1 dlu, yg buat plamin, hantaran Aida gadis melayu tu, WEDD planner Mawii, peraka baju artis tuu, peraka baju Artis niii... Nnt di lain entri Aida bagi gamba dia eih. dan tunjukkan makeup2 oleh BABY ELL, FIZA ZAINDDIN, COMEL yg penah Aida try suatu ketika dluu... Tunggu yer...

OKeiiii babaiiii (^__~)