Ustazah Norhafizah Musa - Petua Kecantikan Makanan Sunnah
Sekarang ni terlalu banyak sangat produk-produk kesihatan. Tapi kadang-kadang yang asli lagi baikkan. setakat ni Aida rasa video ni paling best dan menyeluruh cara makan. Oleh itu Aida nak share dengan semua. Aida pun baru start amalkan. Sebab sekarang belum masuk 30 tapi dah mcm tua sangat.
Jadi dipendekkan cerita rumusannya pemakanan sunah adalah seperti berikut:
1. Habbatus sauda
2. Madu
3. Saffron
4. Cuka kurma
5. Jus Delima
6. Kulit kayu manis
CARA/ RUMUSAN VIDEO:
1. Bangun tidur minum air suam sebanyak 1.5 liter. Kata Ustazah baik untuk cerdas akal
2. Minum 1 sudu minyak zaitun
3. Minum pati delima 2 sudu besar/ lebih pun takpe
4. Ambil secawan air suam masuk madu 1 sudu, 1 sudu kecil minyak habbatus sauda, masuk minyak kelapa dara, masuk beberapa helai saffron. Minum kesemuanya. (madu guna sudu plastik ye)
Lepas minum biar rehat dua jam. Semua ni hendaklah dibuat masa mula-mula bangun tidur. Selepas 2jam atau satu jam setengah baru makan. Sekiranya makan makanan berat,minum cuka tamar.
Untuk kudapan: mkn kulit kayu manis buat macam kacang. Kulit kayu manis ni terus masuk aliran darah. tapi yang asli di Indonesia. Di Malaysia BUKAN ORIGINAL (yang ni aida belum amalkan, hehehe xsuka kayu manis, mungkin satu hari dapat pesan dengan kawan-kawan Indonesia Aida makan) (^__^)
Jum tengok yang dah Aida beli...
Madu yang dah habis tu kongsi dengan anak dan suami. Anak pun bagi amalkan madu. Dis selalu masuk hospital pnuemonia. amalkan madu hmm hasilnya ok. so baru beli madu kedai arab yg baru hehe RM 15 sahaja.. Katanya asli dari Iran ok la. try ehehe yg tualang tu RM 70 tp last2 tu rasa serdak gula huhuhu
Pati delima Gulsan. Rasanya semua tau. org jual RM 17 atau 15. Aida dapat RM 12 hehehe. Ada kawan amalkan pati delima dah lama nk mengadung abis satu botol mengandung. Alhamdulilah.
Selain itu, habbatus sauda dan saffron. saffron paling Aida suka. Bagi jugak pada anak. bubuh dalam susu dalam botol. Tapi ibu mengandung pun sangat bagus makan.. Yang ni RM 25. beli yang murah2 takut xori. RM 25 ni 1grm aida beli, okla, sebab makan kongsi ngn anak dan suami.
Kalau kawan-kawan tak tau saffron/za'faran ni apa, ia sebenarnya herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali
sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa
Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama
A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu
bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal
(dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya
sehingga dituduh melakukan sihir."
So kita amalkan mcm video tu ckp saffron campur madu, minum... yg mengandung campur dengan susu. bagi anak pintar dengan izin Allah :)
Khasiat saffron
1. Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
2. Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
3. Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
4. Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
5. Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
6. Bengkak hati atau hipatitis A dan B
7. Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
8. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
9. Menambahkan tenaga zahir dan batin
10. Masalah mati pucuk, sembelit
11.Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
12.Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
13.Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
14.Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
15.Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
16.Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
17.Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah
Tapi nak share kenapa Aida pilih saffron ni. sebabnya dia pure. tgk gambar, biji2 tu pure bukan diperah dimasukkan dalam kapsul. kawan2 boleh la cari ye. ni aida beli dapat RM 15 memang sangat murah ada 30 kapsul. 1, 2 kapsul dah cukup 1 hari...
1. HABBATUS SAUDA
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit
kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab,
“Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan
kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam
rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran
bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan
(allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus
Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi
empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam
tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti
dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai
kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman
(bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari
dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat
kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak
barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk
merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan
sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti
“E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin
berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada
gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang
menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya
menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
Sorry entry panjang. Tapi Aida nak buat juga sebab untuk bacaan dikemudian hari. takut-takut lupa. Akhir kata jum kita amalkan pemakanan sunnah (^__^) kawan-kawan yang nk share boleh komen. kita kongsi sama-sama ye :)