Tabungan (^_~)

kawan-kawan meh follow Aida, nnt tinggalkan link jugak eh, nnt Aida follow blog kwn2 (^_~)

Total Pageviews

Monday, April 9, 2012

PETUA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI

Sekarang musim demam, batuk+selsema. Paling tak tahan bila anak batuk berkahak. Malam-malam pas minum susu batuk-batuk muntah. tidur pun tak selesa pusing-pusing nangis kita tengok pun sedih huhuhu T.T

Aida bagi makan ubat pun tak jalan sebab duduk di neseri mmg macam tu. Bila dah sihat, jangkit dengan kawan-kawan tak boleh nak buat apa huhuhu T.T nangis lagii...  Pastuu Aida ada google cara untuk hilangkan batuk berkahak secara traditional. Aida buatla memandangkan bahan-bahan semua ada di rumah.

Kawan-kawan yang ada masalah yang sama boleh try buat. Aida buat waktu dia tidur siang, belakang badan dia Aida pakaikan minyak yuyii pastuu di dada dan di perut aida bubuh campuran Kapur+Daun Kaduk+Air. Hmmm boleh dikatakan menjadi sebab anak Aida tidur dengan lamanya.. huhuhu

Petua campuran daun kaduk+air+kapur ini dikatakan boleh mengeluarkan kahak bayi melalui najis nya.. Cubala kawan-kawan try ye (^__~)

19 comments:

SaRaa said...

as salam..ok ke petua ni yea..nk try lah..my baby 1y.o makan ubat batuk xbaik2..huhu

Nur Aida said...

Sara, petua ni nak kata jd secara total tak... Tapi, sbb time dia tdo asik batuk, aida letak jgk ni, n blkg badan letak minyak yuyiii... Skrg mcm musim kan demam, batuk selsema yng saaangat lama.. Huhu risauuu

Baby anta neseri ke?

eijah said...

i pon da try kt my son..hope ok la batuk kahak die

Nur Aida said...

Eijah... Ok tak? Caneee? Ubat kena mkn jgk kan.. Ni alternatifla... Sbb benda ada, kita try kan :)

ummi qaisara said...

daun kaduk tu ada jual kat pasar2 tak... tak tau la rupa dia camne

eijah said...

Aida: alhmdulillah..kita pon berusaha kan..sy sbb mls la asik nk suap ubat jer...risau effect kemudian hari gak..then try la petua aida ni...n lepas sy 2 x sapu alhmdulillh..die berak n sy tgok mmg berlendir najis die...n alhmdulillah after that dah xda batuk kahak lgi..sy siap sebar k kwn2 lagi..hehe..anyway tq share ye aida..

noraisah said...

buat pakai masa tidur malam tak ada masaalah kan...

noraisah said...
This comment has been removed by the author.
supermama said...

daun kaduk tu, mana nak dapat

Anonymous said...

salam . nak tanya kapur sirih tu nak letak bape banyak eqk? bukan ke kapur sirih tu panas.. n then malam leh sapu ke?coz malam tadi dah buat tapi tak tau la hsilnya.. cian kan anak sebb tiap kali batuk dea mesti ngs ,dah bg ubat pun xbaek.. kang bg lag takut effect laen plak.. adoii buntu...

calif's mum said...

salam kak aida.. thks 4 sharing this petua. coz my child also berkahak.. but i just want 2 know, malam can use ka? please answer.. urgent...

Nur Aida said...

Sowiii aida tak update blog lame huhuhu...

Ummi qaisara: daun kaduk ni rupa daun sireh tapi bau dia kuat cket. Dkt pasar2 biasa ada...

Eijah: tula... Kena cube jugak tradisional. Skrg anak aida bg madu pagi2 tapi biasala duduk neseri penyakit mmg tak penah berhenti huhuhu...

Noraisah: aida pakaikan time tido malam. Boleh je :)

Supermama: daun kaduk ni dkt pasar2 biasa ada. Mcm rupa sirehdaun dia :)

Anon: aida agak2 je dlm 1 sudu campur air. Klu cair tmbh cket. Tula kesian baby kahak dia takleh buang. Ritu baby aida masuk wad sebab kahak banyak n jadi radang paru2. Bila dhmasuk wad hari2 fisio sedut kahak huuuuu sedih

Calif mum: boleh takde masalah. Kesian baby kan klu batuk. Cuba bg madu pagi2... Aida buat cmpur ngn air so dia minum mcm air biasa. Eh tapiklu baby 1 thn ke bwh takleh tau

Anonymous said...

salam aida..baby jia umur 4 bln,br mula batok bkahak.nk try lh petua aida bg ni.cmpuran tu blend ke?or ramas2 gitu jek?

Young Mama said...

salam..menarik petua ni..rasa cam nk cuba..baby sy batuk berkahak..bile muntah kahak tak ada pun yang kua..semlm sy da try cari daun kaduk dkt pasar borong sel..tapi tak ada la..kat mn lg sy boleh dapat..tolonggg sgt...kesian tgok baby dok batuk kuat sgt..

SEK .MEN. IMTIAZ KUALA BERANG said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

bby bwh setahun xblh minum madu ke

Anonymous said...

Salam daun kaduk ada dijual di pasa chow kit. Lepas magrib byk gerai gerai yg menjual sayur kg

zaiton chek said...
This comment has been removed by the author.
Ray Mie said...

Salam semua,klu boleh sy nk mintk sedikit pencerahan, yg nk dilumur kt dada baby air sireh tu ke atau ramasan daun kaduk td? Atau dua dua? Almaklumla, tgn si ayah..kesin tgk ank sy tdo dgr bunyi kahak sngkut kat leher.
-mie-