Tabungan (^_~)

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

kawan-kawan meh follow Aida, nnt tinggalkan link jugak eh, nnt Aida follow blog kwn2 (^_~)

Total Pageviews

Thursday, May 17, 2012

Khasiat Barli

Harini buka puasa dengan air barli.. Banyak khasiat barli ini. Selalu orang cakap air barli ini bagus diminum sebab dia cuci usus...Ada satu buku Aida baca dia menerangkan mengenai khasiat barli...  Meh kita tengok apa lagi khasiat barli, baru kita semangat nak minum (^__~)

Diriwayatkan dari Ibnu Majah dari A'syah r.a, dia berkata: Jika Rasulullah s.a.w. mendapati salah seorang isteri (keluarganya) kurang sihat, beliau memerintahkan untuk membuat sup dari bahan gandum barli. kemudian baginda menyuruh mereka untuk meminumnya, lantas bersabda:

"Sesungguhnya ia(sup barli) menyegarkan hati orang yang bersedih dan membahagiakan hati yang sakit sebagaimana salah seorang kalian menghapus kotoran dengan air dari wajahnya."


Air rebusan barli sangat banyak khasiat rupanya...

Untuk KEGUNAAN PERUBATAN:

(i) boleh ubati batuk dan suara serak
(ii) bagus lancarkan rembesan
(iii)lancarkan pembuangan air kecil(patutla asik pergi tandas)
(iv) membersihkan bahagian-bahagian dalam perut
(v) menghilangkan dahaga dan rasa panas
(vi) mengandungi daya pengilap, pelembut dan pengurai

*gamba google

Macam mana nak buat air barli?? Semua orang mesti tau kan... Takpe meh kita share sini....

Nak buat air barli, sukatannya 1 barli, 5 air. maksudnya 1 cawan barli, 5 cawan air biasa. Rebus sehingga air rebusan tinggal 1 per lima. Kena guna periuk besar sikit, sebab nanti barli mendidih kang abis basah (Aida buat sebelum ni, habis dapur basah hehehe) Lepas tu bolehla campur dengan air gula.. Sedia untuk diminum... yummy!!


No comments: