Tabungan (^_~)

kawan-kawan meh follow Aida, nnt tinggalkan link jugak eh, nnt Aida follow blog kwn2 (^_~)

Total Pageviews

Monday, July 18, 2011

RENUNGAN 2: Tak Boleh Sentuh Quran

Hmmm.. Hi kawan2... Dlm duk pantang hari ke-19 ni Aida duk pk2..

"taleh baca quran langsung ke time nifas ni?"

"hmmmm org kata ayat2 quran pun langsung taleh baca...."

"tp kadang2 Aida bc je nak2 time tdo, baca 3 KUL, ayat Qursi, ayat2 hafazan yg lain..."

Dlu time blaja, duk asrama time2 hantu2 asrama berkeliaran semua CUAK n stat baca quran n wat solat hajat. Org yang taleh solat buleh baca yasin tapi niat zikir...

Hmmmm persoalan skrg: Adakah time nifas, haid, tanpa wuduk n tak suci taleh baca Quran? Aida ada goole n jupe artikel ni... Jum kita baca sesama eih.... (^____^)

Ramai daripada orang yang mengaku Islam percaya bahawa adalah haram bagi mereka membaca atau pun menyentuh Quran dalam keadaan berikut :

1) Tidak berwudhu’ yaitu tidak mengambil air sembahyang.

2) Perempuan yang dalam keadaan haidh atau nifas.

3) Dalam keadaan berjunub.



Perempuan yang datang haidh bukan sahaja tidak boleh menyentuh Quran malah tidak boleh juga sembahyang, puasa atau masuk mesjid.



Hukum tersebut telah diputuskan oleh para ulamak. Ianya dibukukan dan diajarkan meluas di sekolah, mesjid, madrasah, surau dan lain-lain institusi pengajian Islam. Sedangkan tiada satu ayat pun yang mengatakan bahawa perempuan tidak boleh puasa, sembahyang atau baca Quran dalam keadaan haidh atau nifas. Ini adalah rekaan semata-mata.



Quran diturunkan untuk dibaca dan dihayati mesejnya. Awal-awal lagi Quran menjelaskan : Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (2:2). Dan banyak lagi ayat-ayat yang menganjurkan kita membaca Quran.



Semasa ayat pertama di turunkan, Nabi Muhammad masih belum dimaklumkan tentang wudhu. Ayat pertama ialah “Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta” (96:1). Sudah tentu Nabi Muhammad patuh membaca dan menghayati ayat-ayat yang diturunkan tanpa berwudhu.



Ayat yang berkaitan dengan wudhu ialah 4:43 dan 5:6. Ianya adalah suruhan Allah berkaitan dengan solat. Mengikut sejarah dan kronologi penurunan surah, surah 4 (al-Nisaa’) adalah surah ke-92 diturunkan dan surah 5 (al Maidah) adalah yang ke-112, keduanya antara yang terakhir dan ianya diturunkan di Madinah. Mengikut fakta sejarah tersebut maka orang-orang Islam pada masa itu termasuk Nabi Muhammad sendiri telah membaca Quran tanpa berwudhu.



Dalam 5:6 tiada kaitan langsung dengan larangan menyentuh, memegang atau membaca Quran. Tiada kaitan langsung dengan larangan kepada siapa yang tidak boleh menyentuh dan membaca al-Quran.



Kita tahu dan percaya bahawa Quran adalah jelas dan menyeluruh dalam mesejnya.



6:38. Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak mengalpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan.



6:114. Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.



Sekiranya pembacaan Quran perlu kepada berwudhu’ sudah tentu ianya akan disebut dalam sekurang-kurangnya satu ayat dalam Quran.



Kepercayaan bahawa tidak boleh membawa dan membaca Quran tanpa wudhu’ hanya akan menyusahkan, menghindarkan dan menjauhkan manusia daripada membaca Quran, terutamanya perempuan. Sudah tentu ianya tidak mempromosikan pembacaan Quran di dalam perjalanan jauh, di stesyen keretapi atau kapalterbang, di atas bas dan sebagainya.



Ulamak sekarang mempertahankan hukum tersebut dengan mengatakan bahawa pengharaman hanyalah kepada pembacaan Quran dalam bahasa Arab dan tidak kepada pembacaan terjemahan. Masakan, sebab hukum tersebut adalah ditetapkan zaman dahulu lagi, semasa Quran semuanya dalam bahasa Arab dan tiada lagi terjemahan dibuat.



Satu lagi sebab ialah ulamak mengatakan bahawa kesucian Quran perlu dijaga. Yang suci hanyalah mesej Quran. Huruf-huruf, tanda-tanda, dakwat, kertas dan kulit Quran adalah buatan manusia. Huruf-huruf yang digunakan sama dengan huruf-huruf yang digunakan untuk akhbar-akhbar Arab. Kertas, kulit dan dakwat yang digunakan adalah sama dengan yang digunakan untuk berbagai-bagai buku lain. Tapi Mesej Quran adalah daripada Pemelihara. Sekiranya tidak boleh baca Quran tanpa wudhu, maka tidak bolehlah seseorang fikir dan bincang fasal mesej Quran tanpa wudhu, kerana mesej itu lebih suci daripada tulisan.



Walau pun apa, fahaman bahawa tidak boleh baca Quran tanpa wudhu adalah tiada asas dalam Quran. Kita mestilah merdeka daripada fahaman tersebut dan memajukan diri dengan membaca, memahami dan mempraktikkan mesej Quran dimana saja, dengan atau tanpa wudhu.



Azahidi
Mac 2005


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, July 16, 2011

RENUNGAN DI MALAM NISFU SYAABAN

Gambaran Di hari Qiamat Untuk Ingatan
Berikut gambarannya :
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kita ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Wallahualam.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, July 12, 2011

Mari minum JUS utk kESIHATAN (^__^)

Haii Kawan-kawan.. Hehehe Hannah TDO, Maknye sebok nk upate blog.. hehehe bosan, jap lagi nak tdo huhuhuhu hehehehe... Aiii orang pantang kan mistila byk rehat hehehehe...

Tgh Aida godek2 baca blog tuu baca blog ni, website tuuu website nii terjumpa lah RESEPI JUS KESIHATAN ni... Haaa sblom HILANG, Aida amik dan copy paste cni... Pasni ah abis pantang leh cube... Sesape nk terai pon buleh eih.. Slalu jgk Aida tgk dkt kedai2 jual jus campo2 amni, tapi biasalaa klu dkt keai gula lebih n kita pon tatau apa khasiatnya...

Okeiii, ni Aida tepekkan RESEPI JUSnya yea... Jumla kita terai sesama (^___~)

1.  Lobak merah + Halia + Epal
  • bagi meransang dan membersihkan sistem (detox) dalam badan
2.  Epal + Timun + Daun Saleri
  • mengalkalikan darah dan melambatkan proses pemecahan 'bad cholesterol'
  • memulihkan sakit perut dan sakit kepala
3.  Tomato + Lobak + Epal
  • mencegah sel merah darah berlonggok -darah beku)
  • membersihkan kulit dan menghapus nafas berbau
4.  Peria + Epal + Lobak
  • baik untuk pengidap diabetis dan menurunkan panas badan
5.  Limau + Halia + Timun
  • melicinkan kulit
  • melembab dan menurunkan panas badan
6.  Nanas + Epal + Tembikai
  • mengurangkan lebihan garam (Elok untuk pengidap darah tinggi)
  • membantu segar pundi kencing dan buah pinggang
7.  Epal + Timun + Kiwi
  • mencantikkan kulit
  • memecahkan bad cholestrol
8.  Pear + Pisang
  • mengimbang kandungan gula dalam badan
9.  Lobak + Epal + Pear + Mangga
  • buang panas badan
  • melawan toksik
  • menurunkan tekanan darah (elok untuk pengidap darah tinggi)
  • melawan oxidation
10. Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu
  • kaya dengan vitamin C dan B12
  • meningkatkan pemulihan sel
  • menguatkan imunisasi badan
psst: KURANGKAN GULA DLM MINUMAN< LEBIHKAN DLM SENYUMAN... (^___~)

BERBENGKUNG UTK KURUS??

Hai kawan2...

Masih lagi dalam Mood pantang hari ke-13(12July2011)... Harini Aida nk crita pakai BARUT@BENGKUNG...

Okeh, masa awal2 bersalin dlu, aida tak pakai BARUT, tatau apa sebab tak pakai, lupe hehehe... Pastu hari ke brp tah, baru Aida pakai... Memula Mak Aida letak KUNYIT+GARAM n barut perut ngn bengkung tujuan utk kecutkan peranakan...

 Ahaa.. Ni barutnya.. Barut ni aida sukee sgt sbb dia panjang sampai peha... SEBAB aida suke adalah kerana dia buleh kawal kaki Aida yg jalan laju semcm... Barut ni Aida beli dkt jual2 dkt opis Aida. kakak tu buat sendiri.. sedap pakai!! (RM 40) Klu sesape nk, leh dtg dkt tempat jual2 dkt opis Aida di Kompleks Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya, hari Jumaat, Dkt PARCEL C6. Dia jual mcm2 brg2 bersalin, rempah mandian la, barut perut baby la dan AIR klu dahaga... hehehe (^_~)


 Tak lama lepas tu, Aida tak pakai kunyit+garam dah. Aida bertukar ke krim sapuan PATI HALIA bara lebih panas ni... Hooo MMG PANAS! Hebat!! hehehe tapi Aida sukee, dr berat Aida 70, esoknya dah turun 86 (aiyakkk byknye lagi mau turun hohoho).. Aida taleh nk ckp byk sebab baru 3 hari pakai... hehehehe (^__~).. Nnt Aida UPDATE keberkesanannya ye.. Buleh ke turun byk abis pantang ni huhuhu

   Utk pengetahuan, Aida naik 22kg!! ngeee hahaha.. Makan byk, Baby Hannah 2.95 k je. Lain2 zat Mak yg amik hohoho
 Lepas tuuu, Mak Bidan@Tkg Urut plak suggest Ubat Pembarut Perut Setunjang Bumi ni. Ni produk sendiri kawan dia.. Dia ckp Bagusss.. Aida pon cube laa.. Dia serbuk n kena campo air suam... Best!! Panass... tapi hasilnya taleh nk ckp lagi, baru 1st time pakai hehehe
Utk urut plak, Aida guna minyak panas ni. Produk yg sama ngn serbuk Barut di atas.. Hmmmm best minyak panas. klu minyak tak panas rs pon ala2 je...

Skrg Aida dh stat URUT+BERTUNGKU... Aida juga barut sendiri.. barut ni bagus, sebab pas bersalin perut kembang. Aida dapat rasakan perubahan berbarut ngn tak berbarut...

Oleh yg demikian kawan2, BERBARUT la eih.. Yg tak bersalin klu nk jaga badan pon elok Mak Bidan ckp berbarut n pakai serbuk tu...

Skrg Aida berat 68kg, ritu last sblom bersalin 79kg (aiyakkkk!! godzilla ke hape hehehe)... Time berpantang ni, aida makan nasi+ikan@ayam bakar+sayo@ulam... hmmm nnt Aida update balik berat Aida nk akhir2 pantang okeii...

Kawan2 yg dalam pantang, tgh berdiet ke jaga badan ke, lehla gtau aida cara2 turun kan berat eih. kita kongsi sesama :)

Sunday, July 10, 2011

CERITA KEDAI KOPI: Pengalaman Pertama BERSALIN!!! Ngeeeeeee (^_~)

Haiii Haiii Haiiii... Bertemu kembali... Saya Aida, host anda semua pada pagi ini, dan artis jemputan saya, Hannah... yer3 tepok3 hahahaha...

Temubual rancangan saya pada hari ini adalah pengenai BERSALIN! Ahaaa bersalin!! hehehe Pernahkah anda bersalin? Adakah anda bersedia utk bersalin? Takutkah anda utk bersalin? dan SOALAN paling HOOOT dan VASSS SAKITKAH BERSALIN??

Ibu-ibu mude sekalian, meh Aida citekan pengalaman Aida eih...

Sedikit INFO bersalin Aida:
Nama Anak: Hannah bt Adzlan
Tarikh lahir: 29 June 2011(Mak Hannah 17 June 1985) thihihi nk jgkkkk takkan anak je hehehe
Tempat bersalin: Hospital KERAJAAN (Hosp Besar Kota Bharu@ Hosp Raja Perempuan Zainab, KB)
Berat Hannah: 2.95kg (berat MAK Hannah aiyakkkk!! hahahaha (T_T))
Waktu bersalin: 1119mlm
Peristiwa bersejarah: Malam Israk Mikraj 2011

 Si Kecik Hannah di usia 8 Hari (7July 2011)

Pendahuluan:

1. Bagaimana tau nk bersalin, Apakah tanda2nya??

Okeiii tuk pengetahuan rakan2 sekelian, due date Aida sbena 25 June 2011. Mak n kawan2 Aida slalu ckp, "klu anak ppuan, dia cepat klua, klu anak laki lambat cket kuar sbb dia berat"... Hmmm nampaknya sifir itu tidak KENA pada MEKDA.. Aida nk sangat Hannah kuar 17June kasi sama ngn besday Aida.. tapi ternyata TAK DAPEK.. Nk g INDUCE, Takut plak terasa diri ini.... hukhukhuk sooo menanti je ngn penuh SABAR...

28 June dlm tgh hari @ ptg nak dkt asar tuuu ada rs lain mcm(ekceli, tadela lain mcm sangat) pastuu Aida mcm biasa g tandas sebab KERAP BUANG AIR... mmc mcm tu, bila saat2 akhir akan KERAP g tandas.. pastu Aida prasan sstu yg pelik, mcm kuar darah.. Tanya Mak Aida, dia ckp ahaa darah+lendir, "ini adalah kutuban darah" kata beliau. Tapiii YG PELIKnya Mekda TAK SAKIT! Oleh sebab tak sakit, mekda solat mcm biasa, asar, Magrib dan Isyak... Isyak tu Aida prasan ada darah lagi dkt kaftan n gtu Mak lagi.. Hmmm tapii tak sakit! tu masalahnya... Tapii Aida LEBIH KERAP berulang ke tandas sebab mcm ada rs nak BER*K(buang air besa) tapii tade, pastuu Mak Aida ckp, "tapela jum g spital"... So mekda salin uniform pakai kain batik, n baju n bawak sume kelengkapan2 bersalin.

PERHATIAN!! Kelengkapan2 bersalin adalah seperti berikut...

Kena ada 2 bag yg berasingan.
1. Bag plastik berisi sehelai baju baby, napkin, kain nk bungkus baby, sarung kaki, sarung tangan.. PERHATIAN ye, guna PLASTIK yea, sebab nnt plastik tu akan digunakan utk bubuh URI baby (ini pengalaman Aida bersalin di Spital GOMEN, klu swasta mungkin dia akan bagi plastik kot, maunya tak, dah baya kan thihihihii)
2. Bag isi barang lepas kelahiran baby cth" baju baby, 2,3 pasang preparation in case baby kena tahan spital, napkin sesedap rs, sarung kaki n tangan, mandian baby, minyak2 baby, bantal baby, tilam nipis baby(hospitak dh sedia sebenanya). kelengkapan ibu plak spt baju ibu n kain sarung seukupnya sbb nnnt darah nifas kuar n klu kena kain nk kena tkr slalu kain, kelengkapan mandi ibu hmmm tu je kot, lain2 boleh tambah spt TERMOS Air panas, makanan, minuman (Air mineral secukupnya), Pad ibu(beli pad biasa je, tayah MADAME PUREEN, chek entry terdahulu Aida ada cite pasal Pad)

Okeh sambung...

Sampainya di spital, dokto LAKI cek jalan (SELUK) ahaaa jalan h terbukak 3cm... memandangkan aida ni tak mcm org sakit, bole jalan sendiri, bcrite2 ngn DOKTO Laki muda yg cita2 nk jadi PEGUAM haihh... Interbiu plak saat2 nih, dahla Dokto tu nnt yg nak seluk, huhuhu(malu). Tgh nk seluk dia duk cite kisah idup dia hehehe, tapelaa layankan je sbb kita pon NEVES... Pastu dia ckp masuk wad dlu... Sbb Aida mcm tade tunjuk pape tanda pon, mmg kuar darah, tapi FIZIKAL KUAT n BERTENAGA hahaha (rsnya sebab mekda sempat pakai celak n eyeshadow tu nampak SEGAR) hahahaha

Bermulala kehidupan dlm wad.. Aida mcm biasa TDO je keje dlm wad, hehehe.. Klu tak tdo, layan tenet kehkehkeh.. Time tdo tu pon Aida prasan darah kuar lagi atas katil, gtau MISI, dia ckp klu rs sakit 5menet skali gtau.. Aida yg HANGAT2 TAIK AYAM ni memula tandala 5menet skali ke tak, tapii kejap je, pastuu mekda tdo ngn aman harmoni, walapon ada cket terjaga sbb baby org lain nanges - time ni Aida duk KELAS 3 ahaaa, walapon ada GL. Aida ingat leh terus masuk KELAS 1 tapi sebab KELAS 1 penuh, dia mskkan KELAS 3.. Ahahahaha layaannnn~~~

Esoknya, Kakak Aida bekalkan TELOR REBUS secukupnya ngn kicap. So aida bekpes mcm biasa plus makanan spital(ahahaha mekda lalu aje mkn pape) thihihi peacee!! (^__~)... hmmm tade sakit2 yg teruk, ada sakit rs nk pooo poo je (bagi Aida itu biasa sbb aida mmg kuat kencin n kuat makan sbb tu rs nk poo poo)...

Ptg, Aida pindah wad KELAS 1, hmmm selesa! hehehe kul 7 waktu melawat mcm biasa Aida rs lapa n nk makan benda yg sedap n BANYAK hehehe... Mak dtg, adik bradik n ipar, hasben sume dtg melawat MEKDA yg CERIA duk spital... Mekda request POPIA Stadium n MEE Goreng... hehehehe MEKDA makan ngn lahap ngn kongsi ngn MAK ITI, adik Aida hehehee

Sesudah abis waktu melawat mereka sumee balik... Time ni ada rs memulas2 mcm nk B*RAK, tapii mcm biasa tanggapan Aida SBB MEKDA MAKAN BANYAK!! Tapii Aida sempat pesan dkt Hasben TAYAH balik,@ g rehat je umah Adik Aida yg hanya sekangkang kera je dari Hospital... (dari rumah Aida, 3 kangkang kera thihihi)

AHAAA SPARA KLIMAKS
Pas makan, AIDA TDOooo... (Aktiviti kegemaran)... kul 9mlm 29june2011 Aida terjaga sebab nk kecing... N Aida prasan ada cecair setompok kuar.. Aida gtau kawan dkt sebelah, dia ckp air kutuban kot.. Aida cpt2 NAFIkan sbb takot KENA SELUK ngn DOKTO.. (erkkk aktiviti SELUK MENYELUK nii agak sakit hehehehe, mekda ni pengerun orgnya hukhukhuk (T.T) TAPII lepas Aida kuar tandas rupa2nya jiran sblah Aida dh siap gtau MISI n DOKTO SEGERAA dtg nk cek jalan.. eheee takottt!!!


Time nk seluk tu, Dokto ppuan tu sempat ckp "mintak2la dh terbukak 5cm, senang keje saya".... Jeng3 skali dh terbukak 6cm.. hahhhh time tuu mulalaa misi2 kalut2 amik katil yg ada roda tapi tade TILAM tu SORONG Aida nk g LABOUR ROOM.... Hohh TERBANG mcm SUPERMAN lajunya ahahahahaha (^__~) Time tu dh 9lebih...

Slama ni Aida pk, bila masuk LABOUR ROOM terus PUSH... Ahahaha rupanya TIDAK!! Misi akan pakaikan alat cek jantung baby(lupe nama apa thihihi) n kita kena masuk air dlu, bagai oksigen bagai dan jalan di cek BEBERAPA KALI!! Yea, beberapa kali!! hahahaha mekda dahla penakut, bykla kalila plak nk SELUK hahahaha... Last DOKTO tu gtau nk cek jalan lagi skali kul 1 pagi eheee... sbb time tu baru terbukak 7cm(klu anak sulung, 7cm tu dia anggap 6cm, aida tataula tu SIFIR mereka, soo paham jela, bkn kul terus PUSH~~) ehehehe

Dlm kul 10lebih Hasben Aida masuk dlm, n Aida suh Hasben gtau mak, kakak, n bapak sdara suh balik dlu, g tdo di rumah, sebab dorang nk cek jalan kul 1. (Hahahaha mekda ni pepandai je!) Korang jgn buat mcm Aida sebab rupa2nya kita boleh bersalain bila2 masa tanpa perlu tunggu kul 1 nk check jalan lagi ehehehe.. Sib baik mak n kakak Aida tak balik (dorang lagi CERDIK dr MEKda! hahahaha)

Ehee, kul 11 Aida rs nk tkencin, (bahana, mekda ni minum air bykk sangat), Misi ckp "tapeee kecin je... Dorang ckp tu air kutuban tapii Aida tataulaa hehehe musykil plak thihihihi... pastuu pas kencin ckp nk BERAK plak (ngade!) Misi ckp, tapee BERAK je... Eh?? Berak je? Biar btol berak atas katil, detik mekda dlm hati hahahaha... Tapii sebab r nk berak sangat apa lagii, Aida pon ddk dlm keadaan mcm nk BERANAK tu PUSHH sekuat hati (kakak Aida dah ajar)


Posisi bersalin:

1. Kaki Kangkang, letak dkt tepi katil
2. Tangan pegang buku lali
3. PUSH kuat2 kasi skali nafas sbb klu lambat n tersekat2 kepala BABY akan jd lonjong...

* mcm ni... SOWII klu gambar ni menyinggung perasaan (SEKADAR utk BELAJAR)

KLIMAKS:

Aida pon PUSHla sekuat ati sebab ingat nk B*RAK td... Erghhhh tetiba Pufff, melompat Hannah, belepuk bunyik Hannah landing atas katil, sejurus lepas tu bunyi teriakan Hannah YG KUAT(sura Hannah nanges mmg POWER, kalah Amy Search pewittt) (^__~).... Haikkk sakit ilang tetiba.. Aida tgk hasben Aida, eih dah kuar ke? Aida sempat melawak "haikk dah ilang terus rs sakit, legaa".. kami sume gelak sebab tak semena-mena Hannah kluar. Kami sume ingat Mekda nk B*ERAK, Misi yg sedia nk sambut tu tak dapek sbb Hannah lagi LAJU meluncur ke katil (dah nampak tanda-tanda KUAT TDO disitu, terus TERKAM Katil) thihihihii.. Tade dokto pon temani peristiwa itu... hanya kami berempat, Aida, asben Aida, n 2 Misi yg berkaliber... Kerja Misi pon senang sebab tayah nk ketuk2 bontot kasi baby sedar sebab Hannah sedia SEDAR n Nangiis sebab duk terjelepuk atas katil thihihiihi (^__~)... Syukur, Allah bagi Aida senang bersalin.. hukhuk syukur sangat2... skali je PUSH Hannah dapat MELIHAT DUNIA pada 29 June 2011, jam 1119mlm bersamaan 27 Rejab, Malam Israk Mikraj (^__^)

Ahaaa KESAKITAN BERMULA

Lepas dh bersalin, ehehehe JAIT la plak.. Haaaa ni part mekda baaanyak takot. Mekda takut 2 benda time tu, kena SELUK dan JAITT!! huhuhu tapii JAIT nyata lebih hebat... huhuhu, tapii jgn risau BIUS sedia menati tapii ada rs jgk spt kebas2 digigit semut dan kadang2 rs kekebasan tu spt semot API yg BESOO.... hehehehe.... Bayangkanlah kena Jait kulit hadoiii GERUN I... huhuhuhu

Haaaaa Mak-Mak mude jgn takot plak time nak JAIT eih, Tahan jela kejap, pastu dh tak rs dah sebab dia ada BIUS... hukhukhuk kesakitan+KEGEMBIRAAN yg SUKAR DIGAMBARKAN...

Itulah dia AJAIBnya bersalin... huhuhu.... Smoga kawan2 yg menanti kelahiran Baby boleh BLAJAR cara meneran Baby ye.. Ingat, kangkang n pegang buku lali n PUSHH kuat2 yer (^__~) klu sakit, baca "laillahaila Anta Subhanaka Inni Kumtumninazzoliminn" baca byk2 kali... jgn leka, baca je spjg duduk dlm labour room n klu ada rs kontraktion, TARIK NAFAS dalam2... Tu Misi ajar Aida, setiap kali ada gerakan n kontraktion, kita akan rs sakit, SAKIT YG KITA BOLEH TAHAN lagi, time tuu tarik nafas dalam2 n baca "laillahaila Anta Subhanaka Inni Kumtumninazzoliminn"...

Smoga kawan-kawan dapat manfaat dari crita Aida yea (^__~)



Psst: TIPS UTK PARA SUAMI YG TEMANI ISTERI DLM LABOUR ROOM

1. Masuk duk diam2 dan jgn ckp pape.. sbb time ni istri awak sakit n klu ckp byk bikin panas hati
2. Tayah nk gosok2 ke ape ke sbb lagi tmbh rasa rimas(isteri dh sedia rimas)- cukup sekadar pegang tangan dia kuat2
3. Jgn buat benda yg dia tak suke (cth: isap rokok, ckp benda2 tah pape) -menyakitkan hati yg sedia sakit
4. Tayah bagi sokongan yg tah pape - CTH: "yea2 push lagi, cket lagi, cket lagii"
5. Jgn DOWN kan isteri: CTH: ckp dkt Doktor@ Nurse: "isteri sy mmg camni, blablabla"
6. Ikut je kehendak istri (beliau tengah bertarung nyawa, apa salah kamu ikut dia seketika)
7. Tayah nk tunjuk neves yg pepelik, klu neves pon kamu tak rasa sakit pon, isteri kamu sorg je tanggung
8. SILA beri ucapan terima kasih usai sudah bersalin...

 Heehehe TERER tak mekda kasi tips? hahahaha semoga jadi panduan dan iktibar ye...

 Lambaian Hannah tuk semuaaa... Baibaibaiiii hihihhii... Lain kali kita jupe lagi eih :)

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, July 9, 2011

Tips Berguna Utk Ibu-ibu menyusu




Penyimpanan N Pengendalian EBM

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan





- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, July 7, 2011

PENYUSUAN BADAN BAYI DAN KELENGKAPAN PENYUSUAN BABY (^__~)

Hi kawan2.. berjumpa lagi kita ye.. Alhamdulillah (^_~) Okeii tajuk cerita yg mekda ingin sampaikan pada hari yang berbahagia ini adalah mengenai SUSU IBU... Ahaaaa... since dh jadi mak ni, harusla topik pasal ibu n anak... Topik lain pon layan je tapii, sebab baru sminggu dalam pantang, n seminggu usia Hannah, MAK HANNAH ni bersemangat nk crita pasal susu ibu. hehehe

Smlm, 6.7.2011 merupakan hari ke-7 bermakna umur Hannah dah 7 hari... Aida tgk Hannah ni SANGAT KUAT minum susu... Celik mata, minum susu, pastuu tdo.. Pastu bukak mata lgi susu... kadang tu Aida kesian sbb susu Aida tak banyak... Yele baru 7 hari n I kan fresh grad IBU hahaha tade pengalaman lagii

Tetiba TINGGG dtg idea nk perah susu sbb tatau nk buat apa... Bosan jugak asik kena duduk n taleh bejalan ni(sebab jaitan problem, aida ganas sgt awal2, byk bejalan) aida cuba pam. Aida guna pam ni... beli yg mini elektrik je... hmm dia bunyik kuat cket rupanya, tapii takpela, sbb yg beli hasben Aida n jurujual ckp Korea n DIA TAK PAHAM... hahaha adoyaiii... Tapii tape tenkiu2 hehehe banyak gunanya pada Hannah.. Hmmmm jgn tny Aida bape harga eih, sbb Aida tatauuu, tapi beza cketla lagi murah harga di Korea compare ngn Melesia... (^___~) tu je buleh ckp, sbb MAK HANNAH tak reti nk convert duit kahkahkah (Mak Hannah BLURRR~~~) (T_T)


 Oooo bila dah perah baru taw kuantiti banyak mana Hannah minum... Alahaiiii secoit je, 1auns je ni.. tapiii lama tau perah.. Mak Aida ckp ni susu masih susu awal... Org panggil kolestrum susu yg mana sangat baik untuk sistem imunisasi baby(chewahhh, mekda hentammm! buat mcm dia studen medik!) Maafkan klu terma yg Aida guna salah.. tapii alaaa klu ayat2 orang KAMPUNG kata, "kalu tanak bagi anak yg baru lahir kena ENYAKIT KUNING, bagi susu yg MEMULAA tu banyak2" haaaa nilah dia n alhamdulillah Hannah tak kena KUNING>>> Yieeeppiiiii (^___^)

psst: Hannah cukup makan, kuar2 2.95kg, dokto ckp, ms memula kuar dia akan lebih berat compare to 2,3 hari dia dkt luar(di muka bumi ('',)} sbb baby kan biasa duk dlm perutkan duk dlm air kutuban la hapela blablabla (takmo goreng sbb tatau!) sooo dia akan mengalamai penurunan berat badan dlu pastuu baru naik blik... Dan yg MENAIK NYA Hannah ni, hari ke-5 Doktor Fizah timbang toingggg berat dah 3.2kg.. Ahaaaa begitu cpt skali pertambahan berat Hannah(see her mother laaaa... thihihi)


 okeh, bila dah perah, of cosla u ols kena bagi dlm botol kan... memula aida ada botol ni je (ni juga Hasben Aida belikan-bila engineer beli, mistila dia gunakan teori engineer dia, nk CANGGIH n HEBAT! ahahaha) - botol susu ni pon dari KOREA n ada TERMOMETER hehehehe- ekceli termometer tu tak guna sgt pon sbb Aida mmg nk bagi SUSU BADAN secara PENUH... hehehehe tapiii takpeeee trima kasih jua sebab belikan botol ni... hmmmm kita simpan dlu, tgu hannah beso cket kita pakai yek (^___~)

Memandangkan Hannah masih kecil, Aida taleh nk agi sebarangan botol... Mau nya terSERDAK susu hukhuk nayaaaaa... Sooo kena guna botol susu yg NATURAL FLOW...(kira sama laa aliran susu ngn Breast kita) Sooo sblom bersalin rituuu Aida sempat g ke butik Anakku dkt plaza masalam, Shah Alam n jupe botol ni.... hehehe ekceliii aida nk cari tilam n bantal panas baby... Hasben Aida yg nampak ni, (nak harap dkt Aida, mmg BLURRR!!) Kecerdikan aida ni lambat dtg cket, hahahaha kecerdikan Aida dtg berdasarkan pengalaman lepas pakai botol ni BARU TAW ia adalah SESUATU YG HEBATTTTT!! botol ni "bestt Broooo" Soo Aida sarankan beli.... Maaf Kotak Aida buang rituuu, sbb bersepah byk kotak (thihihi rajinla kunun ngemas time tuuu huhuhu(T_T)
Ni Botolnya.... NUBY BRAND... dia menang baaanyakkk award.. dia silikon taw, bkn plastik yg bebas BPA tuu.. silikon?? apakah maksudnya?? hehehe botol dia mcm puting jugak lembutttt.... Aaaahhhh suke sangat, sebab dia sangat MESRA BABY!! pendek kata sukelaaa belila brand ni eih.. (buleh cek dkt website dia, google je NUBY BOTTLE okeii)(^__~) Haaaa yg ni Aida taw REGE dia.. Tak mahal, 49.90 hengget sajaaa...(duit melesiaaa (",))


Ahaaa ni hasil perahan ptg td, 6 July 2011, secoit je kan... hehehe lama taw nk pump nii... Aida pump jam 6ptg, tgk Hannah nyenyak tdo, Aida pon tak wat pape pumpla susu.. Nilah hasilnya... Hannah bagun je, Aida kasi Hannah. Sbb Hannah ni jenis yg bangun utk minum susu je, kenyang dia tdo... kklu pampers basuh ke, dia BERAK ke dia TETAP TDOOO... Aida dh paham SIFIR Hannah, bila dia bangun, nanges je, kasi SUSU, pastuu bila dia dh tdo, haaaa barula tukar pampersnyaa... hehehe (alhamdulillah senang jaga Hannah ni hehehe) (^___~)
 
Taraaaaa tgk.... Anak dara mekda niii.... Bangun je kasi susu, MATA PEJAM balik.. "mmmmm maniss kah susu ituuuu" hehehehe senang... botong ni pon dia tak kekok dia pk botol tu breast jugak.. sbb botol ni mmg didesign khas sama ngn Breast.. Soooo keje menyusu lebih mudah!! hehehe






Haaaa ni pulak segala bekas tempat simpan STOK susu Hannah. Skrg Aida tak guna lagi, taleh nak cite... hehehe tapii sape2 yg nk bagi susu dkt anak mmg SUSU BADAN PENUH, kena adalah bekas2 camni, nnt senang, esp ibu2 yg bekerja, kasi nurseri, nnt nurseri taw nk buat apa hehehehe... Ni aida bli dkt MIDVELI, time tu ada exhibition barang2 BABY... hahaha mcm biasa, Aida mmg tamak n tak penah beli botol tu cket utk cube dluu.. padahal botol tu ada je jual dkt website www.susuibu.com haaaa klu minat lehla tgk yea...(^__~)

Tu saje cerita ttg penyusuan badan oleh MEKDA.. sampai ketemu lagiii dengan lain cerita.. Baibaibaiii (^__~)




Wednesday, July 6, 2011

Cerita Pantang Mekda yg tak keruan (^___~)

Salam...

Hi kawan-kawan... Kita bertemu lagi di dalam blog berurusniaga yg telah menjadi blog ROJAK meneceritakan mengenai baby Aida HANNAH. Aida bkn ape, dlm pantang ni taleh bgerak kena baring je tu kebosanan melanda diri...

Sebenarnya, hehehe jaitan Aida ada masalah skrg sbb Mekda ngade sangat nk bergerak aktif di masa pantang... Hahaha kunun tanak manjakan badan, jd basuh kain, jemur kain, kemas bilik, sterika baju, jalan laju, cuci tandas dan segala bagai pekerjaan dilakukan pada hari 1-4 selepas bersalin. Hari ke-5, lepas cukur jambul Hannah aiyakkkk Aida sakit2 dan takbleh bangun hoho... G klinik jeng3 skaliii ada koyakan hukhuk... Aida prasan antara sbbnya aida pakai PAD MADAME, PUREEN. Pad tu tebal, lebar, n panjang. Aida plak pakai barut sampai punggung tu yg sedap berjalan laju... Sekali hambikkk melecet dan siap kecederaan dan benang jaitan pon nk terkopek... So skrg kena duduk baik2 selama 2 minggu setelah diberi suntikan di buntot awwww hehehe(padan muke!)

 ahaaaa PAD KOTEX ni adalah di sarankan... (^___^)

 Yg ini, TAK DISARANKAN.... hukhukhuk sakit woooo... PAD nilah yg menyebabkan koyakan berlaku!! sbb dia lebar n pjgg!! haaa ibu2 mude, meh cni nk gtau, darah nifas ni kuar sama je mcm darah haid, bkn byk mcm air terjun eih.. sbenanya, pakai pad biasa yg hari2an tu pok ok!! (dengarlaa ckpku... jgn salah beli naaa) (^__~)

Nasihat yg ingin diberikan kepada adik2 dan ibu-ibu mude, silala berpantang elok2 ye... Tgk dah jadi mcm Aida dh sakit baru nk insaf. Elok2 tdo atas katil empok kena turun takhta atas lantai sbb taleh gerak2 hahaha... Katilkan berspring klu kita gerak2 nnt problem tambahan pula jaitan aida dh nk terbukak hahahaha padan muke mekda kali ke-2 hahahaha...

Saranan mekda disini, pakai je pad biasa yg time kita period tu@yg kotex bertali tu, tayahla beli yg tetebal n pjg hahaha kunun byk sgtkan darah. Hehehe ekceli darah tadela byk sgt, biasa2 mcm normal period je... Kadang kita ibu muda ni over poyo, denga cite org tu camtu, dgr cite org ni camgini kita pon poyo2 beli brg2 yg kunun paling bagus... Nahh skrg inilah hasilnya hahaha...

Tu saje dlu... Kena rehat jap, nnt mak Aida marah hehehe...





Gamba Hannah masa memuuulaaa lahir... Ni dkt hospital lagi ni...(^___~)
- Posted using BlogPress from my iPad

Kisah Hidup Seorang Wanita Bernama Hannah








Hi kwn2... Tape eih Aida nk bercerita dlm blog bisnes ROJAK ni.... Ramai tny Aida apa maksud Hannah. Okeh ni aida citekan maksud Hannah yea :)

Maksud Hannah: Kasih Sayang

Kisah Hidup Wanita bernama HANNAH

Hannah, isteri kepada 'Imraan, Ibu kepada Maryam binti Imran. Keduanya dari keturunan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, yg hidup di zaman penjajahan Rom di bumi Palestin.

Hannah masih belum mempunyai anak meskipun usianya telah lanjut. Setiap hari Hannah dan suaminya berdoa agar dikurniakan anak yang mampu mewarisi keturunannya.

Tahun demi tahun berlalu, usia makin hari makin lanjut, namun keinginan tetap tinggal keinginan dan idam-idaman tetap tidak menjelma menjadi kenyataan. Berbagai cara dicubanya dan berbagai nasihat dan petunjuk orang diterapkannya, namun belum juga membawa hasil. Dan setelah segala daya upaya yang bersumber dari kepandaian dan kekuasaan manusia tidak membawa buah yang diharapkan, sedarlah Hannah bahawa hanya Allah s.w.t. tempat satu-satunya yang berkuasa memenuhi keinginannya dan sanggup mengurniainya dengan seorang anak yang didambakan walaupun rambutnya sudah beruban dan usianya sudah lanjut. Maka ia bertekad membulatkan harapannya hanya kepada Allah s.w.t. bersujud siang dan malam dengan penuh khusyuk dan kerendahan hati bernadzar dan berjanji kepada Allah s.w.t. bila permohonannya dikalbulkan, akan menyerahkan dan menghibahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk menjadi pelayan, penjaga dan memelihara rumah suci itu dan sesekali tidak akan mengambil manfaat dari anaknya untuk kepentingan dirinya atau kepentingan keluarganya.

Harapan Hannah yang dibulatkan kepada Allah s.w.t. tidak tersia-sia. Allah s.w.t. telah menerima permohonannya dan mempersembahkan doanya sesuai dengan apa yang telah disuratkan dalam takdir-Nya bahawa dari suami isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar. Maka tanda-tanda permulaan kehamilan yang dirasakan oleh setiap perempuan yang mengandung tampak pada Hannah yang lama kelamaan merasa gerakan janin di dalam perutnya yang makin membesar. Alangkah bahagianya Hannah yang sedang hamil itu, bahawa idam-idamannya itu akan menjadi kenyataan dan kesunyian rumah tangganya akan terpecahlah bila bayi yang dikandungkan itu lahir. Ia bersama suami mulai merancang apa yang akan diberikan kepada bayi yang akan datang itu. Jika mereka sedang duduk berduaan tidak ada yang diperbincangkan selain soal bayi yang akan dilahirkan. Suasana suram sedih yang selalu meliputi rumah tangga Imran berbalik menjadi riang gembira, wajah sepasang suami isteri Imaran menjadi berseri-seri tanda suka cita dan bahagia dan rasa putus asa yang mencekam hati mereka berdua berbalik menjadi rasa penuh harapan akan hari kemudian yang baik dan cemerlang.

Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara yang berbunyi: "Manusia merancang, Tuhan menentukan." Imran yang sangat dicintai dan sayangi oleh Hannah dan diharapkan akan menerima putera pertamanya serta mendampinginya dikala ia melahirkan, tiba-tiba direnggut nyawanya oleh Izra'il dan tinggallah Hannah seorang diri dalam keadaan hamil tua, pada saat mana biasanya rasa cinta kasih sayang antara suami isteri menjadi makin mesra. Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami yang disayangi bercampur dengan rasa sakit dan letih yang didahului kelahiran bayi, menimpa Hannah di saat-saat dekatnya masa melahirkan. Maka setelah segala persiapan untuk menyambut kedatangan bayi telah dilakukan dengan sempurna lahirlah ia dari kandungan Hannah. Agak kecewalah Hannah setelah mengetahui bahawa bayi yang lahir itu adalah seorang puteri sedangkan ia menanti seorang putera yang telah dijanjikan dan bernadzar untuk dihibahkan kepada Baitulmaqdis. Dengan nada kecewa dan suara sedih berucaplah ia seraya menghadapkan wajahnya ke atas: "Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku bernadzar akan menyerahkan seorang putera yang lebih layak menjadi pelayan dan pengurus Baitulmaqdis. Allah s.w.t. akan mendidik puterinya itu dengan pendidikan yang baik dan akan menjadikan Nabi Zakaria, iparnya dan bapa saudara Maryam sebagai pengawas dan pemeliharanya.

Demikianlah maka tatkala Maryam diserahkan oleh ibunya kepada pengurus Baitulmaqdis, para rahib berebutan masing-masing ingin ditunjuk sebagai wali yang bertanggungjawab atas pengawasan dan pemeliharaan Maryam. Dan kerana tidak ada yang mahu mengalah, maka terpaksalah diundi diantara mereka yang akhirnya undian jatuh kepada Nabi Zakaria sebagaimana dijanjikan oleh Allah s.w.t. kepada Hannah. Tindakan pertama yang diambil oleh Nabi Zakaria sebagai petugas yang diwajibkan menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari keramaian sekeliling dan dari jangkauan para pengunjung yang tiada henti-hentinya berdatangan ingin melihat dan menjenguknya. Ia ditempatkan oleh Nabi Zakaria di sebuah kamar diatas loteng Baitulmaqdis yang tinggi yang tidak dapat dicapai melainkan dengan menggunakan sebuah tangga. Nabi Zakaria merasa bangga dan bahagia beruntung dengan undian yang diperolehi dan tugas mengawasi dan memelihara Maryam secara sah adalah anak saudaranya sendiri. Ia mencurahkan cinta dan kasih sayangnya sepenuhnya kepada Maryam untuk menggantikan anak kandungnya yang tidak kunjung datang. Tiap ada kesempatan ia datang menjenguknya, melihat keadaannya, mengurus keperluannya dan menyediakan segala sesuatu yang membawa ketenangan dan kegembiraan baginya. Tidak satu hari pun Zakaria pernah meninggalkan tugasnya menjenguk Maryam.

Rasa cinta dan kasih sayang Zakaria terhadap Maryam sebagai anak saudara isterinya yang ditinggalkan ayahnya meningkat menjadi rasa hormat dan takzim tatkala terjadi suatu peristiwa yang menandakan bahawa Maryam bukanlah gadis biasa sebagaimana gadis-gadis yang lain, tetapi ia adalah wanita pilihan Allah s.w.t. untuk suatu kedudukan dan peranan besar di kemudian hari.

Hukhukhuk begitu sedih kisah Hannah... Dalam kegembiraan menunggu zuriat sulung, Hannah diuji dengan kematian suaminya. Dan Hajat Hannah dan Suaminya ingin mendapatkan seorang Putera dikurniakan pula seorang Puteri. hukhuk nampak Tidak ADIL malang Hannah bertimpa2 namun disebalik kesedihan Hannah Allah kurniakan Maryam, yang mana Allah telah mengangkat darjah Maryam melebihi wanita-wanita lain di zamannya...

Hukhuk sedih sungguh Hannah ni... Hmmm hidup di dunia mmg tak seindah spt mana yg kita impikan dan harapkan. Setiap keindahan pastinya terselit sedikit kepahitan. Sudah menjadi lumrah hidup, tidak ada siapa yg sempurna di dunia ini... Tiada sorangpun bergelak ketawa sepanjang masa. Adakalanya gelak ketawa yang dipamerkan tidak seperti mana yg dirasakan...

Hukhukhuk dalam menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن
سخط فله السخط

’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Hukhuk pengajaran yg dapat kita ambil daripada cerita ini ialah, sabar dan redha dengan ujian dan pastinya ada kemanisan disebalik ujian yg diberikan oleh Allah swt. Sekiranya kita ditimpa kesusahan ingatlah Allah SAYANGkan kita dan mahu kita kembali kepada-Nya... Kadang kala kita lihat manusia yg hidup dlm kesesatan, taktahu agama, sembahyang entah ke mana, aurat tidak terjaga tetapi bahagia hidupnya tanpa ujian dr Allah. Ketahuilah Allah sudah tidak mempedulikan mereka lagi dan biarkan mereka hidup dalam kesesatan... Nauzubillah... Semoga ujian yg diberikan kepada kita membuatkan kita semakin dekat pada-Nya...

Harapan Aida juga, Semoga anak Aida, Baby Hannah ni menjadi kuat n tabah seperti mana Hannah ibu Maryam ini.. InsyaAllah.... Aminnn (^_____^)








- Posted using BlogPress from my iPad


Tuesday, July 5, 2011

PENGUMUMAN

Huhuhu kwn2.... Sowwiii klu aida tak reply emel ye.... Lupe nk gtau aida CUTI BERSALIN... Aida dkt kg di Kelantan... Brg2 sume dkt rumah Shah Alam... Nnt aida bukak blk Aida gtau naaaa....

Sowiiii... Hukhuk


Ni baby aida. Namanya Hannah bt Adzlan.
Lahir pd 29.6.2011
Berat 2.95kg

Selamat bekenalan ngn Hannah yea semua:)

-Posted using BlogPress from my iPad