Tabungan (^_~)

kawan-kawan meh follow Aida, nnt tinggalkan link jugak eh, nnt Aida follow blog kwn2 (^_~)

Total Pageviews

Wednesday, April 15, 2009

Emmm ramai yang tanya Aida pertandingan apa yang Aida masuk neh. Owh actly aida masuk yang pencarian pesona dwajah, produk kulit d'wajah tu.

Ni aida uplodkan keratan surat khabar utusan smlm (15/APRIL/2009)


12 finalis Pesona De'Wajah Harmoni 2008/2009

"SERAMAI 12 finalis Pesona D'Wajah Harmoni 2008/2009 yang diperkenalkan di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 14 April - Seramai 12 finalis bakal bersaing bagi merebut gelaran Pesona De'Wajah Harmoni 2008/2009 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 13 Mei ini.

Ketua Pengarang Majalah, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Badrul Azhar Abdul Rahman berkata, penganjuran pertandingan itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada kaum wanita yang berjaya dalam kehidupan.

"Kita mahu menonjolkan wanita-wanita berjaya ini ke hadapan. Kita tahu ramai yang berkebolehan dan hebat-hebat.

"Namun, kita pilih yang betul-betul menepati kriteria iaitu mempunyai wajah dan personaliti yang menarik, imej yang baik, berjaya dalam kerjaya," katanya pada Majlis Pengumuman 12 finalis Pesona De'Wajah Harmoni 2008/2009 di sini semalam.

Menurut Badrul Azhar, pencarian Pesona De'Wajah anjuran majalah Harmoni bersama produk kecantikan De'Wajah itu telah bermula sejak 1 April tahun lalu dan mendapat sambutan kira-kira 500 penyertaan.

Lapan finalis Pesona De'Wajah Harmoni 2008/2009 yang terpilih ialah Nadiyah Adnan, 28, Nawar Anisah Abdul Salam, 27, Nur Aida Md. Zainuddin, 28, Rohaya Yahya, 25, Jamilah Mohd. Jali, 35, Noraziah Mohd. Amin, 24, Nor Jumaaty Mahdazar, 32, Wan Noraishah Kasim, 24, Noorita Yusof, 28, Rushdina Ismail, 26, Anisafina Maidin, 31, Hayati Ishak, 27.

Turut hadir ialah personaliti penghias kulit muka depan majalah Harmoni untuk April, Datin Nor Juma Habib Mohamed, Pengarang Majalah Harmoni, Nor Asmah Zakaria dan Pengarah Urusan De'Wajah, Junaidah Kitting.

Juara Pesona De'Wajah Harmoni 2008/2009 bakal menjadi duta produk berkenaan, menjadi penghias muka depan Harmoni, selain membawa pulang wang tunai RM10,000, barang kemas, pakej percutian dan hamper."

** PEMBETULAN: huk3 umur Aida bukan 28 tapi 23 huk3 sian Aida muka tua padahal tak tua mana =P

9 comments:

Noorshella Che Nawi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Atiqah Adnan said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

waa.. bestnye...
hOpe awak menang k dear...

hehe :D

<3 wit luv, Qa~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anonymous said...

haha..tak patut umo 28

Cik Boolan said...

Hai aida, nanti awk kirim slm dengan kak norjumaaty tu ye..dia makeup artist kite masa nikah dan sanding dulu..superb..memang kite rekemen dia klu sape2 nak kawen..butik pengantin dia kat Anggerik Mall Shah Alam..

Cik Boolan said...

Aida, kite tercari2 mana awk punya shoutmix..rasanya dulu ada..anyway bleh kite tukar link? kte dah add your link dh..

miss key-me said...

wah akak..
besnye...
sheeba hrap akak menang..ameen!! :)

NUN@ said...

gud luck aida!!

Noorita Yusof said...

Hi Aida!! Tak sangka jumpa Aida kat blog ni.. Hehe.. Apa progress persiapan... Ieta tak wat apa lagi ni tau.. Heels 5 6 inchi pon lom ada.. Uhuk uhuk..

Jumpa nanti 9hb tau..

yanmaneee said...

longchamp outlet
hermes belt
curry 7 shoes
jordan shoes
kevin durant shoes
balenciaga speed
moncler
supreme
curry 6 shoes
kd shoes